Pollachius
genus ikan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pollachius ialah genus ikan laut yang ditemukan di perairan utara lautan Atlantik. Ia mempunyai dua spesies yang dikenal pasti dalam genus ini iaitu Pollachius pollachius dan P. virens, dua-dua spesies ini ditemukan di perairan sekitar pulau-pulau Ireland dan Britain Besar.[1]
Nama genus ini diberikan daripada nama setempat pollock dalam bahasa Inggeris yang diberikan kepada spesies-spesies ikan tersebut.[2]
Remove ads
Keterangan
Kedua-dua spesies ikan dalam genus ini boleh tumbuh sehingga 130 sentimeter (4 kaki 3 inci). P. virens boleh mencapai berat sehingga 18 kilogram (40 paun). P. virens mempunyai garis melintang perak jelas yang menganjur ke sisi. Di atas garis melintangnya, warnanya hitam kehijauan. Perutnya putih, manakala P. pollachius mempunyai garis melintang jelas beralun, perut kekelabuan hingga keemasan dan belakang perang gelap. P. pollachius juga mempunyai gigitan bawah yang kuat. Ia boleh didapati di perairan sehingga 180 meter (600 kaki; 100 fathom) dalam di balik batu, dan mana-mana sahaja dalam kolum air. Pollock ialah sejenis ikan putih.
Remove ads
Sebagai makanan
Pollock Atlantik sebahagian besarnya dianggap sebagai ikan putih, walaupun ia jenis yang agak kuat rasanya. Secara tradisinya menjadi sumber makanan yang popular di sesetengah negara, seperti Norway, di United Kingdom sebelum ini, ia menjadi alternatif yang lebih murah untuk ikan kod dan haddock. Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pollock menjadi lebih popular kerana lebihan penangkapan ikan kod dan haddock. Ia kini boleh didapati di kebanyakan pasar raya sebagai filet segar atau barangan beku. Sebagai contoh, cincangannya digunakan dalam jejari ikan atau sebagai bahan dalam daging ketam tiruan.
Disebabkan warnanya yang sedikit kelabu, pollock sering disediakan, seperti di Norway, sebagai bebola ikan goreng, atau jika bersaiz kecil, dilapisi tepung roti dengan oat dan digoreng. Ikan tua secara tradisinya dibelah, diasin dan dikeringkan di atas perdiangan tanah gambut di Orkney, lalu teksturnya menjadi seperti kayu. Ikan ini juga boleh diasin dan disalai, dan menjadi warna jingga seperti salmon, seperti yang dilakukan di Jerman yang mana ikan biasanya dijual sebagai Seelachs atau sea salmon. Di Korea, pollock boleh berulang kali dibekukan dan dicairkan untuk dibuat hwangtae, separuh kering untuk menjadi ko-da-ri, atau sepenuhnya kering dan dimakan sebagai book-o.
Pada 2009, pasar raya Sainsbury's menamakan semula pollock Atlantik sebagai "Colin" dalam usaha untuk menjadikan ikan ini sebagai alternatif kepada kod.[3] Sainsbury's, yang berkata nama barunya berasal daripada perkataan Perancis untuk pollock yang dimasak (colin), melancarkan produk di bawah nama "Colin dan kentang goreng boleh menyelamatkan kod British."
- Penangkapan komersil global pollock dalam juta tan 1950–2010[4]
Remove ads
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
