Balada sentimental

jenis lagu emosional yang perlahan dalam muzik popular From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Balada sentimental (bahasa Inggeris: sentimental ballad) ialah gaya muzik emosional yang banyak dikaitkan dengan romantik dan keintiman, dan dalam kes yang jarang, sendirian, kematian, perang, penyalahgunaan ubat-ubatan, politik, dan agama, dalam nuansa yang pedih tetapi serius.[1] Untuk menarik perhatian pendengarnya, balada banyak dibuat secara melodi.[2]

Hampir seluruh genre muzik Barat memiliki balada sentimental seperti muzik pop, R&B, soul, country, folk, rock, dan elektronik.[3] Tempo lagu biasanya perlahan, dan cenderung kaya dengan gubahan melodi dan harmoni. Balada juga banyak menggunakan alat muzik akustik, misalnya gitar, piano, saksofon, dan bahkan orkestra. Sementara itu, balada moden arus perdana banyak menggunakan pensintesis, mesin dram, dan bahkan, ada yang dikemas dalam irama tarian.[4]

Balada sentimental berasal dari industri muzik Tin Pan Alley awal abad ke-19.[5] Sering dikenali sebagai "penyentak air mata", lagu-lagu itu umumnya sentimental, naratif, dan strofi yang diterbitkan terpisah atau merupakan bahagian dari opera, mungkin diturunkan dari balada lembar lebar. Saat genre baru lahir pada awal abad ke-20, populariti memudar, tetapi kaitannya dengan sentimentaliti menyebabkan kata balada digunakan untuk lagu cinta betempo perlahan dari tahun 1950-an hingga seterusnya.[6]

Remove ads

Genre

Balada rock

Fakta Segera Maklumat am, Asalan gaya ...

Simon Frith, ahli sosiomuzik British dan bekas pengkritik rock, mengenal pasti asal usul balada rock (power ballad/balada kuasa) dalam nyanyian emosi pemuzik soul seperti Ray Charles, yang gayanya diadaptasi oleh penghibur seperti Eric Burdon, Tom Jones, dan Joe Cocker untuk mencipta lagu bertempo perlahan dengan chorus yang kuat, bersemangat dan diiringi dram, gitar elektrik, dan juga koir.[9] Menurut Charles Aaron, balada rock muncul pada awal 1970-an, ketika bintang rock berusaha untuk menyampaikan mesej yang mendalam kepada penonton mereka.[10]

Aaron berhujah bahawa balada rock memasuki arus perdana Amerika pada tahun 1976 apabila radio FM menyiarkan lagu-lagu seperti "Without You" Badfinger, "Maybe I'm Amazed" Paul McCartney, "Stairway to Heaven" Led Zeppelin, "Dream On" Aerosmith dan "Free Bird" Lynyrd Skynyrd.[10] The Carpenters "Goodbye to Love" telah dikenal pasti sebagai prototaip balada rock.[11] Seterusnya, balada rock diisi dengan lagu "Love Hurts" oleh Nazareth (1974);[9] "I Want to Know What Love Is" oleh Foreigner (1984);[12] "What About Love" (1985) dan "Alone" (1987) oleh Heart;[13] "Is This Love" oleh Whitesnake (1987); "Every Rose Has Its Thorn" (1988) dan "Something to Believe In" (1990) oleh Poison; "One" (1988), "The Unforgiven" (1991), dan "Nothing Else Matters" (1991) oleh Metallica; "Wind of Change" oleh Scorpions (1990); "November Rain" oleh Guns N' Roses (1991);[14] dan "I Don't Want to Miss a Thing" oleh Aerosmith (1998).

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads