Presiden Israel
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Presiden Israel (Ibrani: נשיא המדינה, Nesi HaMedina, secara harfiah Presiden Negeri) merupakan ketua negara Haram Israel. Jawatan ini hanyalah lambang negara, dengan kuasa sebenar pentadbiran negara dalam tangan Perdana Menteri. Presiden dipilih akan menjawat dengan satu tempoh selama 7 tahun.
Isaac Herzog ialah Presiden Israel yang terkini, yang menjawat sejak 7 Julai 2021. [1][2]
Remove ads
Pengundian
Presiden dipilih dengan majoriti mutlak dalam Knesset (parlimen Israel). Jika tiada calon menerima majoriti mutlak pada kali ketiga, hanya majoriti mudah diperlukan. Tempoh bagi jawatan ini ialah 7 tahun. Seseorang Presiden tidak dibenarkan dipilih bagi kali kedua. Hingga kebelakangan ini, Presiden dipilih untuk satu tempoh 5 tahun, dan dibenarkan untuk terus berkhidmat 2 tahun lagi. Pada tahun 2000, tempoh jawatan ini dipanjangkan kepada 7 tahun.
Sesiapa saja yang berwarganegara Israel layak menjadi Presiden. Jawatan ini boleh menjadi kosong atas keputusan tiga suku daripada Knesset untuk melucutkan jawatan presiden kerana tingkah lakunya yang buruk atau ketidaksesuaiannya. Tiada Timbalan Presiden yang akan dilantik. Semasa ketiadaan Presiden, Speaker Knesset boleh menjadi presiden sementara.
Remove ads
Kuasa dan peranan
Kuasa Presiden Israel agak terhad berbanding dengan ketua negara yang lain. Presiden Israel boleh:
- Menandatangani setiap undang-undang, kecuali yang berkenaan dengan kuasa Presiden.
- Melantik ahli Knesset untuk membentukkan kerajaan atas nasihat parti yang akan memerintah.
- Melantik diplomat dan menerima diplomat asing.
- Menandatangani perjanjian dengan negara asing yang diluluskan oleh Knesset.
- Melantik hakim Mahkamah Tinggi atas nasihat Jawatankuasa Perlantikan Hakim.
- Melantik gabenor Bank Israel dan birokrat yang lain atas nasihat Perdana Menteri.
- Mengampun penjenayah dan meringankan hukuman.
Kuasa Presiden biasanya digunakan atas nasihat menteri yang berkenaan.
Walaupun peranan Presiden tidak bersifat politik, tetapi berfungsi penting bagi moral, upacara, dan pendidikan.
Remove ads
Senarai Presiden Israel
- ↑ Sebelum Wiezmann, David Ben-Gurion menjadi Pengerusi Majlis Negeri Sementara, dari 14 hingga 17 Mei 1948. Jawatan Weizmann berkekal seperti ini hingga 17 Februari 1949, semasa beliau diisytiharkan sebagai Presiden oleh Knesset pertama. Selepas kematian Weizmann, Speaker Knesset Yosef Sprinzak mengambil alih jawatan Presiden buat sememtara.
- ↑ Selepas kematian Ben-Zvi, Speaker Knesset Kadish Luz mengambil alih buat sementara.
- ↑ Selepas Weizman meletak jawatan, Speaker Knesset Avraham Burg menjawat buat sementara.
- ↑ Selepas Katsav meletak jawatan kerana disiasat oleh pihak polis (beliau dituduh merogol), Speaker Knesset Dalia Itzik mendukung jawatan buat sementara.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads