Progressive Field

Stadium untuk sukan Besbol di Cleveland Ohio From Wikipedia, the free encyclopedia

Progressive Fieldmap
Remove ads

Progressive Field merupakan stadium yang terletak di Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat. Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan Major League Baseball, Cleveland Guardians dan bersama-sama dengan Rocket Mortgage FieldHouse, yang sebahagian daripada Gateway Sports and Entertainment Complex.[8] Progressive Field dinilai sebagai stadium terbaik MLB dalam undian peminat Sports Illustrated pada tahun 2008.[9]

Fakta Segera Nama lama, Lokasi ...

Stadium ini telah dibuka pada awalnya sebagai Jacobs Field pada tahun 1994 untuk menggantikan Cleveland Stadium. Stadium lama tersebut telah dikongsi dengan pasukan Cleveland Browns yang bersaing di National Football League. Sejak tahun 2008, fasiliti tersebut dinamakan sempena Progressive Corporation yang berpangkalan di Mayfield dan ia telah mendapatkan hak nama berjumlah $58 juta untuk kontrak selama 16 tahun. Nama lama stadium ini pula diambil daripada pemilik pasukan, Richard and David Jacobs yang memperoleh hak nama sebaik sahaja stadium ini dibuka. Stadium ini sering disebut sebagai "The Jake" berdasarkan nama asalnya.[10]

Apabila ia dibuka, kapasiti stadium memilik 42,865 orang. Antara tahun 1995 dan 2001, pasukan ini telah menjual habis tiket perlawanan sepanjang 455 perlawanan berturut-turut. Kerja-kerja pengubahsuaian stadium telah memberi kesan kepada kapasiti apabila ia memuncak kepada 45,569 orang pada 2010. Setelah musim 2014 dan 2015, fasiliti ini dinaiktaraf kepada dua fasa yang akan menambahbaik beberapa kawasan di stadium dan pengurangan kapasiti tempat duduk. Penambahbaikan selanjutnya dirancang pada permulaan tahun 2023. Sehingga 2022, kapasiti tempat duduk stadium secara rasminya sebanyak 34,830 orang,[6] walaupun penonton tambahan boleh dimuatkan melalui ruang berdiri dan kawasan tempat duduk sementara.

Sejak berpindah ke Progressive Field, pasukan Indians/Guardians telah menjuarai 11 American League Central, tiga pennant American League dan melangsungkan perlawanan playoff dalam 13 musim berbeza. Semasa musim 1997, stadium ini menjadi antara fasiliti yang melangsungkan perlawanan Siri Dunia dan All-Star MLB pada musim yang sama. Stadium ini telah menjadi tuan rumah Siri Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1995, 1997 dan 2016.

Remove ads

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads