Psy
Penyanyi Korea Selatan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Park Jae-sang (Korea: 박재상, 朴載相; lahir 31 Disember 1977; umur 47 tahun), lebih dikenali dengan nama gelarannya sebagai PSY (Korea: 싸이, IPA: [s͈ai]; bahasa Inggeris: /ˈsaɪ/ SY-'), merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, rapper, penari, dan produser rakaman berasal dari Korea Selatan.[1] Beliau terkenal disebabkan video lawaknya dan pertunjukan pentasnya, dan telah muncul di pelbagai program televisyen, meliputi The Ellen DeGeneres Show, Extra, Good Sunday: X-Man, The Golden Fishery, The Today Show, dan Saturday Night Live. Video muziknya "Gangnam Style" adalah video K-pop paling banyak ditonton di YouTube, dan juga video yang paling banyak "disukai" di laman web tersebut.[2] Diterbitkan pada 15 Julai 2012, popularitinya terus meningkat dengan pesatnya dengan adanya video ini setelah lebih daripada 413 juta ditonton, dan lebih daripada 3.7 juta "disukai".[3]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
