Puggle

baka silang anjing From Wikipedia, the free encyclopedia

Puggle
Remove ads

Puggle[a] ialah satu baka silang anjing daripada pug dan beagle. Baka ini berasal pada tahun 1990-an dari Amerika Syarikat.[1][2]

Fakta Segera Trait, Bulu ...
Remove ads

Sejarah

Thumb
Puggle menunjukkan campuran trait pug dan trait beagle

Puggle berasal daripada pengawanan tidak sengaja. Silangan terancang pertama antara pug dengan beagle berlaku di Oklahoma pada tahun 1990-an.[2] Kata lakur "puggle" mula muncul pada tahun 2002.[3] Puggle kemudian menjadi baka silang anjing pereka popular di Amerika Syarikat; di sana, ia telah menarik sebilangan pemilik selebriti. Puggle dinamakan "Anjing Terhangat 2005" dan, pada tahun 2006, jualan puggle menyumbangkan lebih daripada 50% daripada semua jualan anjing baka silang di negara itu.[2][4][5]

Remove ads

Ciri

Penampilan

Puggle, sebagai "anjing pereka", kerap dapat berbeza-beza dari segi penampilan, tetapi biasanya mempunyai dahi berkedut, topeng hitam, dan ekor melingkar pug.[2][5]

Tingkah laku

Puggle kurang berkemungkinan mewarisi tenaga, dorongan penghiduan, dan lolongan beagle, tetapi oleh sebab sifat tidak boleh ramal bagi penyilangan dua baka terasas, puggle mungkin masih mewarisi tingkah laku pada mana-mana baka induk dan isu kesihatan yang ada pada mana-mana baka induk.[2][6]

Remove ads

Kesihatan

Puggle biasanya mempunyai muncung lebih panjang berbanding dengan pug yang mengurangkan masalah pernafasan dan isu kesihatan lain.[2] Isu lazim pada puggle termasuk penyakit mata, tempurung lutut terkehel, displasia pinggul, dan penyakit Legg–Calvé–Perthes.[2] Kelenjar membran kelap terprolaps juga lazim pada puggle walaupun tidak prevalen sama ada pada pug atau beagle.[7]

Lihat juga

Catatan

  1. Jawi: ڤاݢل

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads