Putar belit plot

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Putar belit plot (bahasa Inggeris: Plot twist) ialah teknik penceritaan yang mengubah hala tuju atau hasil jauh daripada yang dijangkakan daripada mengikuti jalan cerita sesebuah karya cereka,[1] ia boleh dilakukan pada akhir atau penamat cerita (putar belit).[2] baik secara perlahan-lahan ("jangka panjang") mahupun dengan segera dalam beberapa saat ("jangka pendek").[3] Pelencongan ini adakalanya boleh dimaklumkan secara tersirat sebelum saat perubahan ini berlaku, namun jejak ke arah lencongan ini boleh juga disamarkan dengan butiran yang boleh memberikan pelbagai tafsiran berbeza mengikut amatan penonton.

Pembongkaran hala tuju yang berubah ini dapat menjejaskan persepsi penonton terhadap peristiwa sebelumnya, atau memperkenalkan konflik baru yang menempatkannya dalam konteks yang berbeda. Sekiranya pembongkaran ini dilakukan sebelum karya ditonton sempat menunjukkan perubahan dalam hala tuju cerita, maka jalan cerita tersebut dikira sudah "terbeber".

Remove ads

Jenis pelaksanaan

Pelaksanaan lencongan ini dikenal pasti melalui beberapa kaedah:

  • Anagnorisis - penemuan dilakukan protagonis terhadap perwatakan atau pengenalan baik dirinya sendiri mahupun watak yang disemuka.[4]
  • Deus ex machina - kemunculan sesuatu watak, alat atau kejadian secara tiba-tiba dan tidak bermunsabah untuk menyelesaikan konflik atau kerumitan dalam jalan cerita.[5]
  • Imbas kembali - pembawaan jalan cerita kepada latar masa sebelum bermulanya cerita utama[6] yang memaklumkan penonton terhadap suatu misteri atau sisi berbeza seseorang watak
  • Peripeteia - perubahan nasib dialami watak protagonis kepada keadaan asal secara munasabah[7] berlawanan dengan deus ex machina.
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads