RIM-116 Rolling Airframe Missile

From Wikipedia, the free encyclopedia

RIM-116 Rolling Airframe Missile
Remove ads

RIM-116 Rolling Airframe Missile (RAM) adalah sebuah peluru berpandu permukaan ke udara panduan infra merah bersaiz kecil dan ringan yang kini digunakan oleh tentera laut daripada Jerman, Jepun, Greek, Turki, Korea Selatan, Arab Saudi, Mesir, dan Amerika Syarikat. Asalnya, ia bertujuan untuk digunakan sebagai senjata titik pertahanan untuk memusnahkan peluru berpandu krus anti kapal. Peluru berpandu ini diberi nama sedemikian kerana ia berputar pada paksi mendatarnya untuk menstabilkan penerbangan, seperti mana sebutir peluru ditembak daripada laras berpilin. Setakat 2005, hanaya peluru berpandu milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang dioperasikan mengikut konsep ini.[2]

Fakta Segera Jenis, Tempat asal ...

Rolling Airframe Missiles, bersama dengan Sistem Pelancaran Peluru Berpandu Panduan Mk 49 dan peralatan sokongan, menghasilkan Sistem Senjata Peluru Berpandu Panduan RAM Mk 31. Berat Pelancar Peluru Berpandu Panduan Mk-144 adalah 5,777 kilogram (12,736 lb) dan boleh menyimpan 21 buah peluru berpandu. Senjata asal tidak memiliki penderianya sendiri sebelum ditembak, oleh itu ia mesti diintegrasikan ke dalam sistem tempur kapal, yang mana akan menyasarkan pelancar ke arah sasaran. Di kapal-kapal Amerika Syarikat, ia diintegrasikan dengan Sistem Peluru Berpandu Pertahanan Kapal AN/SWY-2 dan sistem pertempuran Sistem Pertahanan Diri Kapal (SSDS) Mk 1 atau Mk 2. SeaRAM merupakan sebuah versi pelancar RAM yang dilengkapi dengan penderia bebas yang diterbitkan daripada sistem CIWS Vulcan Phalanx, yang mana dipasang pada kapal tempur pesisir dan beberapa pembinasa kelas-Arleigh Burke.

Remove ads

Pengguna

Thumb
Peta para pengguna RIM-116 dalam warna biru
Thumb
Pelancar RAM yang dipasang pada kapal serang laju Ozelot dari Tentera Laut Jerman.

Pengguna sekarang

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads