Racun neutron
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dalam kegunaan seperti didalam reaktor nuklear, racun neutron (dikenali sebagai penyerap neutron) ialah bahan dengan keratan rentas neutron yang amat besar.[1] Kebiasaanya, penyerapan neutron adalah kesan yang tidak diingini. Namun, racun neutron diletakkan dengan sengaja didalam sesetengah reaktor untuk merendahkan kereaktifan bahan api baharu. Sesetengah racun neutron berubah apabila menyerap neutron semasa pengoperasian reaktor, tetapi sesetengah kekal sama sepanjang penggunaannya.
Penangkapan neutron oleh sisa pembelahan nuklear dengan separuh hayat pendek dikenali sebagai peracunan reaktor, manakala penangkapan neutron oleh sisa pembelahan nuklear dengan separuh hayat panjang dikenali sebagai pelembapan reaktor.[2]
Remove ads
Racun pengawal
Semasa pengoperasian reaktor, jumlah bahan api yang terkandung dalam teras berkurang secara monoton. Jika reaktor tersebut beroperasi untuk jangka masa yang lama, bahan api perlu diisi secara berlebihan daripada yang diperlukan untuk mencapai jisim kritikal. Kereaktifan positif daripada bahan api berlebihan perlu diseimbangkan dengan kereaktifan negatif dari racun neutron. Rod pengawal boleh-laras yang mengandungi racun neutron adalah satu cara untuk mengawal reaktor, akan tetapi, untuk rekabentuk teras yang padat seperti yang digunakan didalam kapal selam, rod pengawal adalah tidak praktikal disebabkan kekangan ruang untuk rod dan mekanismenya.
Remove ads
Rujukan
Bibliografi
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads