Raghad Waleed Alkurdi
Isteri Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Waleed Alkurdi-Taib (lahir 15 Januari 1980) ialah isteri kedua kepada mantan Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
Remove ads
Keluarga
Raghad dilahirkan di Damsyik, Syria pada 15 Januari 1980. Beliau adalah anak bongsu daripada empat adik beradik, anak kepada Waleed Alkurdi dan Khayami Alkurdi. Adik-beradiknya yang lain adalah Samer, Mohamad dan Samar. Keluarganya berpindah ke Riyadh, Arab Saudi ketika Raghad masih muda. Bapa mereka meninggal dunia pada 2003.
Moyang beliau merupakan seorang Wari dari Şanliurfa, Turkiye. Nama asal moyang mereka adalah Khalil Orfali yang kemudiannya menukar nama kepada Al-Kurdi apabila berpindah ke Syria.[1]
Remove ads
Perkahwinan
Ragad mendirikan rumah tangga dengan Abdul Taib Mahmud di usia 30 tahun pada 18 Disember 2010.[2] Perkahwinan ini merupakan perkahwinan kali kedua Abdul Taib selepas isteri pertamanya, Laila Taib meninggal dunia pada 2009.
Sumbangan
Ragad menubuhkan sebuah yayasan, Ragad Foundation bagi menyalurkan sumbangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak, dan pembangunan pendidikan golongan luar bandar.[3]
Anugerah dan pengiktirafan
Sarawak
- Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) - Datuk Patinggi (2015).
Pahang
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2014).
Wilayah Persekutuan
- Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) - Datuk Seri Utama (2021).
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads