Wilayah Persekutuan

Wilayah yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan (Kerajaan Malaysia) From Wikipedia, the free encyclopedia

Wilayah Persekutuan
Remove ads

Wilayah Persekutuan (Jawi: ولايه ڤرسکوتوان, disingkatkan sebagai WP) ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu negara rasmi Malaysia, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan dan ibu negara pentadbiran Malaysia.

Fakta Segera 联邦直辖区கூட்டாட்சிப் பகுதி, Perlembagaan ...
Remove ads

Sejarah

Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia telah ditubuhkan menjadi Wilayah Persekutuan tarikh pada 1 Februari 1974. Bermula dari tarikh itu hingga kini pentadbiran Kuala Lumpur dipindahkan dari Negeri Selangor dan diletakkan terus di bawah Kerajaan Pusat serta diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku PBT tunggal yang mentadbir bandaraya itu. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen.

Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Negeri Sabah (sekarang Wilayah Sabah) pula dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan kini diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Labuan.

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya yang dibangun dari kawasan Sepang, Selangor untuk menjadi pusat pentadbiran yang baru telah mengikuti Kuala Lumpur dan Labuan dengan menjadi yang ketiga menyertai Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya.

Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah disertakan dengan pembentukan semula Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). DBKL, Perbadanan Labuan (PL) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ) melapor terus kepada Kementerian ini berbanding sebelumnya ke Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ini mengambil alih tugas dan bertanggungjawab memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan diseluruh Wilayah Persekutuan.

Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam satu kontinjen tunggal yang mewakili Wilayah Persekutuan seluruhnya.

Remove ads

Bendera

Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera ini telah mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap wilayah masih dipakai guna sehingga sekarang.

Darjah kebesaran

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads