Raja Iskandar Dzurkarnain
Raja Di-Hilir Perak From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Sultan Idris Mutawakil Alallahi Shah (Jawi: راج إسكندر ذركرنين ابن سلطان إدريس متواكيل على الله شاه ااdiputerakan pada 8 Februari 1955 di Hospital Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak merupakan Raja Di-Hilir Perak.
Baginda adalah putera kedua selepas Raja Izzuddin Shah, kepada Almarhum Sultan Idris Shah II dan Almarhumuha Raja Perempuan Muzwin. Baginda juga adalah Waris Kedua Kesultanan Perak.
Remove ads
Biografi
Baginda diputerakan pada 8 Februari 1955 di Hospital Kuala Kangsar dan menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian di London. Baginda berkahwin dengan Tunku Soraya Binti Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah yang diputerikan pada 30 April 1960 di Hospital Besar, Alor Star, Kedah.[perlu rujukan]
Remove ads
Keluarga dan kerabat
Raja Iskandar Dzurkarnain dan Tunku Soraya melangsungkan perkahwinan di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah pada 24 Ogos 1986 dan dikurniakan 5 orang cahaya mata, tiga orang putera dan dua orang puteri.
Remove ads
Terasul dan gelaran
- 8 Febuari 1955 - 5 Januari 1963 : Yang Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain bin Raja Idris Shah
- 5 Januari 1963 - 31 Januari 1984 : Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah
- 31 Januari 1984 - 3 Febuari 1984 : Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
- 3 Febuari 1984 - 11 Mei 1987 : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
- 11 Mei 1987 - 10 Mac 1998 : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
- 10 Mac 1998 - 18 Mac 2010 : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulong Perak Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
- 18 Mac 2010 - 20 Jun 2014 : Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan Raja Dato' Seri Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
- 20 Jun 2014 - kini : Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah
Nama Penuh baginda berserta gelaran rasmi ialah:
Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah, D.K., D.K. II (Johor)., D.K.A. II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K.
Darjah kebesaran
Raja Iskandar Dzurkarnain telah dianugerahkan,
Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) pada 27 Ogos 2016
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) pada 23 Mac 2017
Panglima Setia Mahkota (PSM) -- Tan Sri pada 20 Oktober 2016
ribbon de the decoration:
Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini(SPCM) -- Dato' Seri
Remove ads
Tempat persemayaman
Baginda bersemayam di Istana Firuz yang terletak di Jalan Lumba Kuda, Ipoh.
Keturunan diraja
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads