Ramzi bin al-Shibh

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Ramzi bin al-Shibh (Arab: رمزي بن الشيبة, Ramzī bin ash-Shībah; juga dialih huruf sebagai bin al-Shaibah) (lahir 1 Mei 1972)[2] ialah seorang banduan di Teluk Guantanamo yang dituduh menjadi "pemudah kerja utama serangan 11 September 2001."[3]

Fakta Segera Lahir, Ditahan di ...

Pada pertengahan 1990-an, bin al-Shibh berpindah ke Hamburg sebagai mahasiswa, di mana beliau berkawan akrab dengan Mohamed Atta, Ziad Jarrah dan Marwan al-Shehhi. Mereka bersama-sama membentuk sarang Hamburg untuk mendalangi serangan 11 September. Hanya beliau di kalangan mereka berempat yang gagal memperoleh visa AS, oleh itu hanya bertindak selaku pengantara untuk para perampas di AS dengan menyalurkan wang dan maklumat daripada tokoh-tokoh utama al-Qaeda. Selepas serangan itu, bin al-Shibh merupakan orang pertama yang dikenal pasti sebagai "perampas ke-20", iaitu seseorang yang dipercayai sepatutnya mengisi kekosongan dalam pasukan perampas United 93.

Bin al-Shibh ditangkap di Karachi pada 11 September 2002, dan sehingga kini masih menunggu perbicaraan.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads