Rasam

From Wikipedia, the free encyclopedia

Rasam
Remove ads

Rasam ( Tamil : ரசம்) atau saatramudhu ( Tamil : சாற்றமுது) ialah hidangan seperti sup pedas dari Selatan India. [1] Ia biasanya dihidangkan sebagai lauk bersama nasi. ia biasanya cair, pedas, masam, dan harum dengan pelbagai rempah. Versi sejuk yang telah disediakan juga dipasarkan secara komersial, termasuk pes rasam dan botol.[2]

Fakta Segera Rasam ரசம், Nama alternatif ...


Di Malaysia, hidangan ini juga popular dalam kalangan masyarakat India Malaysia. Ia biasanya merupakan makanan di rumah. Restoran Makanan India selatan di Malaysia, rasam biasanya diberikan secara percuma dalam cawan kecil untuk diminum selepas makan. Manakala, untuk Restoran daun pisang, ia dihidangkan sebagai salah satu lauk utama. Di restoran Mamak atau Nasi kandar ia dihidangkan sebagai sup pembuka selera.


Satu Variasi rasam yang dibentuk oleh komuniti Anglo-India ialah hidangan sup yang dikenalis sebagai mulligatawny , yang namanya berasal daripada perkataan Tamil mulagu thani . [3]

Remove ads

Asal usul

Thumb
Rasam dengan pelbagai hiasan

Rasam dalam bahasa Tamil dan Malayalam, dikenali sebagai Saaru (சாறு) , Tili sāru dalam bahasa Kannada ( Tulisan Kannada : ತಿಳಿ ಸಾರು ), atau chāru (చారు) dalam Telugu, bermaksud "inti" dan, dengan secara lanjutan merujuk kepada "jus" atau "sup". Di rumah-rumah India Selatan rasam biasanya merujuk kepada hidangan sup yang disediakan dengan stok manis-masam yang dibuat daripada kokum atau asam jawa, bersama tomato dan lentil, ditambah rempah dan hiasan.

Remove ads

Lihat juga

  • Senarai sup

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads