Raspberry Pi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Raspberry Pi
Remove ads

Raspberry Pi (/p/) ialah satu siri komputer papan tunggal kecil yang dibangunkan di United Kingdom oleh Yayasan Raspberry Pi bersama-sama dengan Broadcom.[14] Awalnya, projek Raspberry Pi cenderung kepada menggalakkan mengajar asas sains komputer di sekolah dan di negara membangun.[15][16][17] Kemudian, model asal menjadi jauh lebih popular daripada yang dijangka,[18] menjual di luar pasaran sasarannya untuk kegunaan seperti robotik. Ia kini digunakan meluas dalam banyak bidang, seperti pemantauan cuaca,[19] kerana kos rendahnya dan kemudahalihannya yang tinggi.

Fakta Segera Tarikh jualan, Harga pengenalan ...

Selepas keluaran jenis papan kedua, Yayasan Raspberry Pi membuka entiti baru, dinamakan Raspberry Pi Trading, dan melantik Eben Upton sebagai CEO, dengan tanggungjawab membangun teknologi.[20] Yayasan tersebut ditujukan khas semula sebagai amal pendidikan untuk menggalakkan mengajar asas sains komputer di sekolah dan negara membangun.

Thumb
Unit Rasperry Pi yang dijual

Raspberry Pi adalah salah satu komputer British yang terlaris.[21] Setakat Disember 2019, lebih daripada tiga juta papan telah dijual.[22] Kebanyakan Pi dibuat di kilang Sony di Pencoed, Wales,[23] manakala yang lain dibuat di China dan Jepun.[24]

Remove ads

Lihat juga

  • Komputer papan tunggal
  • Komputer palam

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads