ReactOS

From Wikipedia, the free encyclopedia

ReactOS
Remove ads

ReactOS ialah sebuah sistem pengendalian sumber terbuka yang dibangunkan oleh ReactOS Foundation. Tujuan ReactOS dibangunkan adalah untuk mewujudkan satu alternatif lain untuk sistem pengendalian Windows yang percuma, yang menyokong semua perisian dan perkakasan yang disokong oleh Windows. ReactOS direka bentuk serupa dengan Windows 2000 dan XP.[2]

Fakta Segera Maklumat umum, Jenis sistem ...
Remove ads

Sejarah

Pada tahun 1996, sebelum ReactOS Foundation ditubuhkan, beberapa orang menubuhkan satu kumpulan bernama FreeWin95 yang bertujuan untuk menghasilkan sistem pengendalian yang serupa dengan Windows 95. Malangnya, usaha kumpulan ini tergendala kerana pelbagai perbincangan telah dijalankan tetapi tidak membawa sebarang hasil.

Pada hujung tahun 1997, projek tersebut tidak membuahkan sebarang hasil. Jason Filby, penyelaras projek tersebut, memanggil semua ahli asal FreeWin95 untuk memulakan semula projek itu. Kali ini, fokus diberikan kepada menghasilkan klon Windows NT. Kali ini, mereka menekankan kepada penulisan kod, bukan sekadar perbincangan panjang. Projek ini akhirnya dinamakan semula sebagai ReactOS dan dimulakan secara rasmi pada Februari 1998.[2]

Asal-usul nama

Projek FreeWin95 dinamakan semula sebagai ReactOS, kerana projek ini dimulakan kerana rasa tidak puas hati kepada Microsoft yang memonopoli pasaran sistem pengendalian.[2]

Remove ads

Sejarah versi

Maklumat lanjut Versi, Tarikh pengeluaran ...

Kunci:

Maklumat lanjut Warna, Makna ...
Remove ads

Penggunaan

Sehingga versi 0.3.17, pereka ReactOS mengatakan bahawa sistem pengendalian ini masih dalam peringkat alpha, bermaksud ia masih tidak boleh digunakan sebagai sistem pengendalian yang digunakan setiap hari. [10]

Keperluan sistem

  • x86 atau x86-64 pemproses serasi,[11] Pentium pemproses serasi atau kemudian
  • 64 MB RAM (256 MB disyorkan)
  • Cakera keras IDE / SATA sekurang-kurangnya 350 MB pada partisi utama
  • FAT16 / FAT32 partisi bot utama
  • 2 MB grafik VGA adaptor (VESA BIOS versi 2.0 atau kemudian)
  • Pemacu CD-ROM
  • Papan kekunci standar
  • Tetikus USB, PS/2 tetikus serasi atau Microsoft Mouse-serasi tetikus bersiri
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads