Republik Arab Bersatu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Republik Arab Bersatu (RAB) merupakan sebuah negara yang wujud antara 1958 sehingga 1961. Republik ini merupakan gabungan antara Mesir dan Syria. Syria keluar daripada gabungan ini pada 1961, manakala Mesir masih dikenali sebagai UAR sehingga 1971.
UAR merupakan langkah pertama mewujudkan sebuah negara Pan-Arab, iaitu gagasan Gamal Abdel Nasser. Beliau menjadi seorang wira Arab selepas kemenangan politiknya dalam Krisis Suez 1956. Presiden Nasser dan Presiden Shukri al-Kuwatli menandatangani Perjanjian Kesatuan pada 22 Februari 1958. Nasser dilantik sebgai Presiden UAR dan Kaherah dijadikan ibu kotanya.
Namun, rampasan kuasa di Syria pada 1961 oleh kuasa tentera, Syria dikeluarkan dari UAR, tanda akhirnya gabungan ini. Nama UAR masih kekal sehingga 1971, apabila ditukarkan balik kepada Mesir.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads