Republik Congo

From Wikipedia, the free encyclopedia

Republik Congo
Remove ads

Republik Congo (bahasa Perancis : République du Congo) juga dikenali sebagai Congo-Brazzaville ialah negara republik yang terletak di Afrika, beribu negara di Brazzaville dan diasaskan pada tahun 1960 setelah merdeka daripada Perancis.

Fakta Segera Ibu negaradan bandar terbesar, Bahasa rasmi ...
Remove ads

Sejarah

Orang-orang Bantu yang mengasaskan puak semasa pengembangan Bantu menyingkirkan dan menyerap penduduk lebih awal kawasan tersebut, orang-orang Pygmy sekitar 1500 SM. Puak Bakongo, dari etnik Bantu yang turut menduduki kawasan yang kini Angola, Gabon dan Republik Demokratik Congo, membentuk asas bagi kaitan etnik dan persaingan dalam kalangan negara-negara tersebut. Beberapa kerajaan Bantu, terutamanya Empayar Kongo, Kerajaan Loango, dan Kerajaan Anziku/Teke membina hubungan perdagangan yang membawa sehingga lembangan Sungai Kongo.[5]

Zaman penjajahan

Thumb
Istana N'Gangue M'voumbe Niambi, dari buku Gambaran Afrika ("Description of Africa") (1668)

Penjelajah Portugis, Diogo Cão sampai ke muara Congo pada tahun 1484.[6] Hubungan perdagangan antara Kerajaan Bantu di daratan dan pedangang Eropah berkembang dengan cepat, dan berdagang pelbagai barangan, barangan buatan, dan hamba yang ditawan dari kawasan jauh. Selama beberapa abad, delta sungai Kongo bertindak sebagai pusat perdagangan bagi perdagangan rentas Atlantik. Bagaimanapun, penjajahan Eropah di kawasan tersebut pada akhir kurun ke-19 mengurangkan kuasa masyarakat Bantu di kawasan tersebut.[7]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads