Republik Rakyat Donetsk

negara tidak diiktiraf di Eropah Timur From Wikipedia, the free encyclopedia

Republik Rakyat Donetsk
Remove ads

Republik Rakyat Donetsk (Bahasa Rusia: Donetskaya Narodnaya Respublika, Bahasa Ukraine: Donets'ka Narodna Respublika) telah ditubuhkan dan diumumkan pada 7 April 2004. Negara baharu ini terletak di timur Ukraine. Pemimpin negara ini mengisytiharkan diri sebagai sebahagian Persekutuan Novorossiya. Ia bersempadan dengan Ukraine, Rusia dan negara baru Republik Rakyat Luhansk. Sejumlah aktivis juga menduduki jawatan pemerintahan Daerah dan bangunan di Donetsk.

Fakta Segera Ibu negara, Bandar terbesar ...

Kelompok pemberontak ini ini telah dilarang di Ukraine sejak 2007, dan pada 16 Mei 2014 dan diklasifikasi sebagai pertubuhan pengganas. Hingga ke hari ini, Republik Rakyat Donetsk Rakyat masih belum diiktiraf oleh negara asing.

Pada 15 April 2014, pemerintah sementara dari Kyiv mengumumkan tindakan kekerasan tentera untuk menghadapi militan pro-Rusia. Pada 17 April, ketegangan semakin meningkat. Negara Rusia, AS dan Kesatuan Eropah setuju gencatan senjata demi meredakan krisis Ukraine. Namun, para petinggi Republik Rakyat Donetsk bersumpah akan meneruskan pemberontakan dan peperangan sehingga pungutan suara diterima atau pemerintah sementara di Kyiv mengundurkan diri. Sejak perjanjian tersebut, Majlis Keselamatan Ukraine terus menahan Rusia dari memasuki negara itu.

Pada 11 Mei 2014, pungutan suara Status diadakan di Donetsk dan Luhansk, di mana para pemimpin pemberontak menyatakan bahawa sebahagian besar peserta menyokong pembentukan Republik Rakyat Donetsk. Pada 24 Mei, dua republik pemberontak menandatangani perjanjian yang menyatakan penggabungan mereka ke dalam gabungan disebut Persekutuan Negara Novorossiya.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads