Retinol
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Retinol ialah sebentuk vitamin A dalam haiwan, yakni vitamin larut lemak yang berperanan penting dalam sistem penglihatan dan pertumbuhan tulang. Ia termasuk juga dalam golongan diterpenoid. Retinol merupakan salah satu bentuk-bentuk vitamin A yang paling umum, termasuk retinal (bentuk aldehid), asid retinoik (bentuk asid), dan retinil ester (bentuk ester). Sebatian-sebatian ini secara kolektif disebut sebagai retinoid dan memiliki aktiviti biologikal trans-retinol. Sebagai bahan tambahan, ia diambil melalui mulut atau disuntik ke otot.[1]
Retinol bertindak baik dalam dos biasa.[1] Dos tinggi boleh menyebabkan pembesaran hati, kulit kering and hipervitaminosis A.[1][2] Dos tinggi dalam kehamilan boleh membahayakan janin.[1] Badan menukarkan retinol menjadi retinal dan asid retinoik lalu menjalankan tindakannya.[3] Sumber retinol termasuk ikan, produk tenusu dan daging.[3]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads