Robert Mugabe
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Robert Gabriel Mugabe KCB (lahir 21 Februari 1924 - 6 September 2019) ialah Presiden Zimbabwe ke-2. Beliau telah berkhidmat sebagai ketua kerajaan Zimbabwe sejak tahun 1980, selaku Perdana Menteri dari tahun 1980 hingga 1987 dan selaku Presiden sejak tahun 1987 hingga 2017.[6] Nama beliau bangkit pada 1960-an sebagai pemimpun Zimbabwe African National Union (ZANU) dalam pertempuran gerila menentang pemerintahan minoriti kulit putih di Rhodesia dalam Perang Pedalaman Rhodesia (1964–1979).
Mugabe merupakan seorang tokoh yang penuh kontroversi. Selepas perang, beliau disanjung orang-orang Afrika sebagai wira perjuangan demi kemerdekaan[7] Setelah campur tangan dalam Perang Congo Kedua yang menelan banyak wang dan ekspropriasi tanah ladang milikan kulit putih secara besar-besaran, dunia Barat memandang rendah Mugabe, sementara ekonomi Zimbabwe teruk meleset. Baru-baru ini dasar-dasar beliau dikutuk dunia Barat dan di negara sendiri.[8][9][10] Mugabe menyifatkan pihak-pihak yang mengutuk beliau sebagai "penjajah yang lahir semula,"[11][12] dan beliau bersama penyokong-penyokong beliau mendakwa bahawa kemelut Zimbabwe adalah tinggalan imperialisme,[13] yang diburukkan lagi oleh campur tangan ekonomi oleh kuasa Barat.
Pada 3 April 2008, akhbar UK mengumumkan bahawa parti pembangkang utama, Pergerakan Perubahan Demokratik menguasai parlimen.[14] Pada bulan September 2008, Mugabe mencapai kata sepakat dengan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai untuk berkongsi kuasa yang mana Mugabe kekal sebagai presiden sementara Tsvangirai menjadi Perdana Menterinya. Pada 3 Ogos 2013, Suruhanjaya Pilihan Raya Zimbabwe menyatakan yang Mugabe memenangi penggal ketujuhnya sebagai presiden, menewaskan Morgan Tsvangirai dengan 61 peratus undi.[15]
Remove ads
Presiden Zimbabwe
Penghujung kepresidenan
Pada 15 November 2017, Mugabe diletakkan di bawah tahanan rumah oleh Tentera Kebangsaan Zimbabwe dalam satu rampasan kuasa.[16][17][18] Pada 19 November, beliau dipecat sebagai ketua ZANU-PF, dan Emmerson Mnangagwa, bekas Naib Presiden telah dilantik untuk menggantikan tempatnya.[19] Berikutan permulaan proses pemecatan terhadapnya, Mugabe meletak jawatan sebagai Presiden pada 21 November.[20]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads