Rogers Centre
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Rogers Centre (asalnya SkyDome) ialah stadium pelbagai guna yang terletak di Downtown Toronto, Ontario, Kanada. Stadium ini dibuka pada tahun 1989 dan menjadi venue bagi pasukan Toronto Blue Jays yang bertanding di Major League Baseball (MLB). Stadium ini pernah menjadi gelanggang utama bagi pasukan Toronto Argonauts yang beraksi Canadian Football League (CFL) dan Toronto Raptors di saingan National Basketball Association (NBA). Pasukan Buffalo Bills dari National Football League (NFL) juga beraksi dalam siri setiap tahun di stadium ini bagi kejohanan Bills Toronto Series dari 2008 hingga 2013. Selain melangsungkan perlawanan sukan, stadium ini juga menjadi hos kepada perkara penting seperti konvensyen, konsert, karnival pelancongan, sarkas, acara monster truck serta ekspo perdagangan.
Stadium ini bertukar nama menjadi "Rogers Centre" selepas pembelian stadium yang dilakukan oleh Rogers Communications pada tahun 2005. Syarikat itu juga merupakan pemilik kepada pasukan Toronto Blue Jays.[1][12] Stadium ini menjadi stadium terakhir MLB di Amerika Utara yang dibina untuk melangsungkan sukan besbol dan bola sepak. Stadium ini menjadi pentas kepada acara pembukaan dan penutupan Sukan Pan Amerika 2015.[13]
Remove ads
Catatan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads