Ronny Harun

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Ronny Harun (Jawi: روﻧﻲ هارون; kelahiran: 19 Januari 1984) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini beraksi bersama Petaling Jaya Rangers. Beliau telah bersara sebagai pemain pasukan kebangsaan.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...
Remove ads

Kerjaya kelab

Ronny memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Sabah. Dia merupakan antara tonggak yang membantu Sabah menjadi naib juara Piala Malaysia 2002 dan 2003.

Pada musim 2007/08, Ronny berhijrah ke Kedah di utara Semenanjung Malaysia. Meskipun bersama pasukan yang dianggap gergasi di Malaysia, kelibat Ronny di atas padang agak kurang berbanding ketika dia bersama Sabah. Ini mungkin disebabkan persaingan yang kuat daripada pemain pertahanan lain. Semasa di Kedah, dia telah membantu pasukan itu mengecap kejayaan tiga piala semusim pada tahun 2008: Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super Malaysia.

Ronny telah bermain untuk Terengganu FA sejak tahun 2010.

Remove ads

Bola sepak antarabangsa

Bersama Malaysia, Ronny telah memenangi dua pingat gangsa pada Sukan Asia Tenggara 2003 dan 2005. Dia juga mewakili Malaysia ke Sukan Asia 2006 di Doha. Dia mendapat kaps pertamanya bersama pasukan utama kebangsaan ketika menentang Singapura pada 4 Jun 2005.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads