Roxette

From Wikipedia, the free encyclopedia

Roxette
Remove ads

Roxette adalah sebuah kumpulan duet muzik pop berasal dari Sweden. Kumpulan ini dianggotai oleh Marie Fredriksson dan Per Gessle. Kumpulan menikmati kejayaan di seluruh dunia, bermula pada akhir tahun 1980-an sehingga pertengahan tahun 1990-an, menduduki 19 kali carta UK Top 40[1] dan empat kali single di US #1 dengan, "The Look", "Listen to Your Heart", "It Must Have Been Love" dan "Joyride".[2] Dua buah single seterusnya "Dangerous" dan "Fading Like a Flower" mendapat #2.[2]

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Asal ...

Selepas berhenti pada pertengahan 1990-an, populariti kumpulan ini berlangsung di wilayah lain seperti di Eropah dan Amerika Selatan, di mana mereka mendapat pelbagai anugerah Emas dan Platinum sehingga permulaan milenia baru. Duet ini kemudian berhenti lagi dari membuat album baru dan jelajah, apabila pada tahun 2002, Fredriksson didiagnosis mendapat barah otak.[3] Roxette membuat persembahan bersama kembali bagi kali pertama dalam masa 8 tahun, pada 2009, semasa jelajah Party Crasher Eropah untuk Gessle.[4]

Lagu-lagu mereka terus dimainkan di radio. Baru-baru ini, "It Must Have Been Love" dan "Listen to Your Heart" menerima anugerah dari BMI, dengan kedua-dua lagu mencapai empat juta kali siaran radio.[5][6] Roxette menjual kira-kira 45 juta album dan 25 juta single di seluruh dunia[7][8][9], dengan lebih 3.5 juta jualan rekod di Amerika Syarikat[10][11][12], mendapat platinum untuk Joyride dan Look Sharp! di sana.[10]

Remove ads

Diskografi

  • Pearls of Passion (1986)
  • Look Sharp! (1988)
  • Joyride (1991)
  • Tourism (1992)
  • Crash! Boom! Bang! (1994)
  • Have a Nice Day (1999)
  • Room Service (2001)
  • Charm School (2011)
  • Travelling (2012)
  • Good Karma (2016)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads