Royal Opera House

From Wikipedia, the free encyclopedia

Royal Opera House
Remove ads

Royal Opera House adalah panggung opera dan tempat persembahan seni utama di bandaraya London, terletak di Covent Garden, terkenal sebagai salah sebuah balai panggung terkemuka dunia.

Thumb
Floral Hall di Royal Opera House

Bangunan yang megah tersergam itu lebih dikenali ramai sebagai "Covent Garden", adalah milik syarikat Royal Opera (nama lama ialah Covent Garden Opera Company), iaitu syarikat induk untuk Royal Opera House, Royal Ballet dan Royal Opera House Orchestra.

Pada Oktober 1968, Ratu England memberi kebenaran kepada Covent Garden Opera Company untuk dipanggil sebagai "Royal Opera". Ini adalah sebagai anugerah Diraja di atas kejayaan syarikat tersebut menempah nama dan mendapat pengiktirafan antarabangsa. [1].

Bangunan ini adalah bangunan teater ke-3 didirikan di tapak ini dari tahun 1858, namun kebanyakan dari ciri-ciri yang terdapat kini adalah dari pengubah suaian yang besar dibuat pada tahun 90an. Royal Opera House boleh memuatkan seramai 2,268 penonton yang terdiri dari 4 tingkat kotak penonton, balkoni dan galeri amfiteater.

Pentas prosenium rumah opera ini berkeluasan 12.20 m lebar dan 14.80 m tinggi. Auditorium utama rumah opera ini tersenarai di dalam Senarai bangunan Gred 1 mengikut akta negara United Kingdom di bawah akta Perancangan Negara dan Bandar 1947.

Thumb
Teater pertama pada tahun 1732 di bawah kelolaan John Rich
Thumb
Gambar auditorium yang pertama sebelum musnah dalam kebakaran pada tahun 1808
Thumb
Gambar auditorium yang ke-2 semasa pembukaan
Remove ads

Ketua pentadbiran dari tahun 1945

Maklumat lanjut Pengarah muzik, Ketua pengarah ...
Remove ads

Lihat juga

Pautan bahasa Inggeris

Rujukan

Buku rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads