Ryu Seung-ryong

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ryu Seung-ryong
Remove ads

Ryu Seung-ryong (Korea: 류승룡; lahir 29 November 1970) ialah seorang pelakon bintang dan memiliki nama besar dalam filemografi Korea Selatan. Ryu memulakan kerjaya lakonannya dalam sebuah pentas seni, selepasnya memerankan pelbagai lakonan kameo dalam beberapa filem dan televisyen Korea. Pada tahun 2013, dia mendapat lakonan sebagai salah satu watak penting dalam filem bertajuk Miracle in Cell No. 7, yang berjaya sebagai filem dengan penjualan paling laris ketiga. Pada tahun 2014, Ryu membintangi Laksamana Laut Yi Sun-sin dalam filem berlatar sejarah Korea The Admiral: Roaring Currents, filem paling laris sepanjang sejarah Korea itu mengkisahkan Armada Korea yang berperang menghalau serangan daripada Armada Jepun milik Toyotomi Hideyoshi. Pada tahun 2019, dia melakonkan watak utama dalam filem lawak Extreme Job.[1] Ryu ialah pelakon Korea Selatan pertama yang berjaya melakonkan empat filem dengan setiap penjualan karcis filemnya mencapai lebih daripada 10 juta, sebagai watak utama dalam filem-filem itu.[2]

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads