Saint Lucia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Saint Lucia, juga dikenali sebagai "Helen dari Barat", ialah sebuah negara pulau di bahagian timur Laut Caribbean pada sempadan dengan Lautan Atlantik. Pulau ini merupakan sebahagian Lesser Antilles, dan terletak di utara kepulauan Saint Vincent dan Grenadines dan di selatan Martinique.
Remove ads
Sejarah
Negara ini pertama kali ditemui oleh pihak Sepanyol pada 1503. Saint Lucia dikuasai oleh Perancis secara rasmi pada 1666 dan dikuasai oleh pihak British pada 1803.
Pada ketika ini juga tempoh pulau ini dipercayai mendapat namanya daripada cerita mengenai sekumpulan kelasi Perancis yang terdampar selamat di sana pada hari keraian Santa Lucia[3] pada 13 December dengan nama asal dalam bahasa Perancis, Sainte Lucie.[4]:14
Saint Lucia mendapat kemerdekaan daripada British pada 22 Februari 1979.
Remove ads
Geografi
Saint Lucia terletak di selatan Martinique dan utara Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine di Antillen Kecil dalam Caribbean. Keluasan Saint Lucia ialah 616 km2. Secara umumnya, Saint Lucia adalah bergunung-ganang; puncak tertinggi negara ialah Gunung Gimie (950 meter).[3] Kawasan hutan melitupi kira-kira 77% negara.[3]
Politik
Saint Lucia ialah sebuah negara Alam Komanwel yang mengiktiraf Raja Charles III sebagai ketua negara dan diwakili oleh seorang Gabenor Jeneral.
Pembahagian pentadbiran
Saint Lucia terbahagi kepada 11 buah kuarter. Pembahagian ini sudah wujud sejak zaman penjajahan Perancis.
- Anse la Raye
- Canaries
- Castries
- Choiseul
- Dauphin
- Dennery
- Gros Islet
- Laborie
- Micoud
- Soufrière
- Vieux Fort
Demografi
Bancian 2010 meletakkan angka jumlah penduduk negara sebanyak 165,595 orang. Anggaran PBB pada 2018 meletakkan angka jumlah penduduk sebanyak 181,889 orang. Sepertiga penduduk negara menetap di ibu negara Castries.
Bahasa
Bahasa rasmi Saint Lucia ialah bahasa Inggeris.[5] Sebuah kreol, Kreol Perancis Saint Lucia (Kwéyòl) menjadi bahasa pertuturan kebanyakan rakyat negara, dan mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan.[6] Saint Lucia ialah negara anggota La Francophonie.
Agama
61.5% penduduk Saint Lucia menuruti ajaran Katolik Rom.[3]
Remove ads
Ekonomi
Saint Lucia mendapat taraf "negara pulau kecil membangun " oleh PBB.[7] Setakat 2018, KDNK negara ialah $1.922 bilion (nominal) dan $2.522 billion (pariti kuasa beli).[8] 82.8% KDNK negara disumbang oleh sektor perkhidmatan, 14.2% pula disumbang oleh sektor industri dan 2.9% KDNK negara datang daripada sektor pertanian.[3]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads