Samantha Ruth Prabhu

Pelakon Wanita India From Wikipedia, the free encyclopedia

Samantha Ruth Prabhu
Remove ads

Samantha Ruth Prabhu love shushu a guy from malaysia(lahir 28 April 1987) merupakan seorang model dan pelakon filem India yang aktif dalam industri filem Tamil dan filem Telugu. Samantha dibesarkan di Chennai dan mengejar kerjaya dalam bidang pemodelan sejak zaman remajanya. Filem debut Samantha ialah filem romantik, Ye Maaya Chesave arahan Gautham Menon.Lakonan Samantha dalam filem ini dipuji hebat oleh pengkritik. Samantha juga menang Anugerah Filmfare India Selatan untuk Debut Wanita Terbaik untuk lakonan beliau dalam filem ini. Sejak itu Samantha muncul sebagai salah satu pelakon terkemuka dalam industri perfileman India Selatan.Pada pertengahan 2012, Samantha memulakan sebuah organisasi amal yang dinamakan Sokongan Pratyusha untuk membantu wanita dan anak-anak yangkurang bernasib baik.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...


Pada tahun 2013, Samantha menjadi pelakon kedua selepas Revathi untuk memenangi kedua-dua Anugerah Filmfare untuk Pelakon Terbaik dalam filem Tamil dan Pelakon Terbaik dalam Filem Telugu pada tahun yang sama, untuk filem-filem Neethaane En Ponvasantham dan Eega, masing-masing.

Remove ads

Kehidupan awal dan keluarga

Dilahirkan pada 28 April, 1987 kepada ibu berketurunan Malayalam dan bapa berketurunan Telugu.Samantha telah dibesarkan di Chennai, Tamil Nadu. Ia membolehkan Samantha fasih dalam Bahasa Tamil. Samantha lebih suka mengelar dirinya sebagai orang Tamil walaupun berasal dari keturunan yang berbeja. Samantha menghadiri dan menamatkan persekolahan di Sekolah Matrikulasi St.Stephens dan Sekolah Menengah Tinggi Holy Angels Anglo-Indian.Beliau kemudiannya menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari Stella Maris College, Chennai.Pada mulanya Samantha bergiat dalam industri permodelan hanya untuk wang saku tetapi akhirnya menjadi pelakon.

Remove ads

Kerjaya Filem

Thumb
Samantha dalam filem Neethaane En Ponvasantham
Thumb
Samantha dalam filem Manam
Thumb
Samantha dalam filem Manam

Kerjaya Awal(2010)

Filem pertama bagi Samantha ialah Ye Maaya Chesave arahan Gautham Menon. Filem ini mendapat pujian orang ramai. Samantha juga memainkan watak sampingan dalam filem Brindavanam yang turut dibintangi oleh NTR dan Kajal Aggarwal. Selepas itu, Samantha belakon dalam beberapa filem Tamil iaitu Baana Kaathadi, Moscowin Kavery dan Vinnaithaandi Varuvaayaa.Lakonannya dalam Baana Kaathadi mendapat percalonan dalam Vijay Awards bagi ketegori pelakon wanita terbaik.

2011-2013

Pada tahun 2011, Samantha membuat penampilan tetamu sebagai pesakit mental dalam filem arahan Gautham Menon, Nadunisi Naaygal, Kemudian beliau belakon dalam film bajet besar Telugu, Dookudu, bersama Mahesh Babu. Filem ini menjadi blockbuster.Samantha telah ditandatangani sebagai peneraju wanita utama di dalam dua filem projek bajet besar dalam Tamil, Kadal arahan Mani Ratnam dan filem Ai tetapi terpaksa menarik diri daripada kedua-dua filem, kerana dia telah mengalami penyakit kulit dan tidak dapat bekerja selama dua bulan. Pada tahun 20012,Beliau belakon dalam filem fantasi arahan SS Rajamouli, Naan Ee.Filem ini diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Telugu. Filem ini menjadi filem blockbuster bagi tahun tersebut. Dia kemudian belakon dalam flem arahan Gautham Menon yang diterbitkan dalam 3 bahasa-Tamil,Telugu dan Hindi.Beliau bermain watak wanita utama dalam ketiga-tiga bahasa -. Telugu, Tamil dan Hindi dan belakon dalam semua adegan tiga kali dengan pelakon--pelakon yang berlainan merentasi bahasa. Versi tamil filem ini bertajuk Neethaane En Ponvasantham dan versi Telugu bertajuk Yeto Vellipoyindi Manasu serta kedua-dua versi ditayngkan pada Disember 2012.Manakala versi Hindi yang bertajuk Assi Nabbe Poorey Sau telah ditangguhkan.

2014

Samantha memainkan peranan sebagai seorang ibu buat kali pertama menurusi filem Manam.Beliau mendapat ulasan yang sangat positif dan prestasi Samantha telah dipuji oleh pengkritik. Samantha juga berlakon dalam dua filem tamil yang dibintangi pelakon terkenal Surya dan Vijay. Filem tersebut ialah Anjaan dan Kaththi . Kedua-dua filem ini merupakan blockbuster bagi tahun tersebut.

2015

Sekali lagi,Samantha akan membintangi filem bersama-sama Surya dalam filem fiksyen sains 24 .

Remove ads

Duta Jenama

Samantha menjadi duta bagi jenama-jenama tersebut :

  • Coca Cola
  • Mayil Mark Rice
  • Chik Shampoo
  • Gokul Sandiva
  • Big C Mobiles
  • Saravana Stores
  • Odonil Room Freshening Gel
  • Dabur Vatika Hair Oil
  • Lux
  • Paragon

Filantropi

Samantha dikaitkan dengan kempen menyokong kanak-kanak yang menghidap penyakit Hemofilia . Beliau telah menghadiri pelbagai kem kesedaran oleh NGO untuk menunjukkan sokongan beliau.Samantha memulakan sebuah organisasi amal yang dinamakan Sokongan Pratyusha untuk membantu wanita dan anak-anak yangkurang bernasib baik

Filemografi

Filem Tamil

Maklumat lanjut Tahun, Filem ...

Filem Telugu

Maklumat lanjut Tahun, Filem ...

Filem Hindi(Bollywood))

  • Ekk Deewana Tha (2012-Penampilan Khas)
Remove ads

Anugerah


Maklumat lanjut Year, Award ...
Remove ads

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads