Sarah Michelle Gellar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sarah Michelle Prinze (lahir 14 April 1977) ialah seorang pelakon dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan wataknya sebagai Buffy Summers dalam siri televisyen Buffy the Vampire Slayer yang memenangi enam anugerah Teen Choice Awards dan Saturn Award sebagai Pelakon Televisyen Terbaik dan menerima pencalonan dalam Anugerah Golden Globe. Beliau juga memenangkan Anugerah Emmy Daytime menerusi wataknya sebagai Kendall Hart dalam drama All My Children. Selain itu beliau juga membintangi filem-filem Scooby-Doo (2002), Harvard Man (2001), Cruel Intentions (1999), The Return (2006), The Grudge (2004), The Grudge 2 (2006), I Know What You Did Last Summer (1997), dan Scream 2 (1997).[1][2][3]
Remove ads
Biografi
Beliau dilahirkan di New York City, anak tunggal kepada Rosellen Greenfield dan Arthur Gellar. Ibu bapanya berketurunan Yahudi. Pada tahun 1984 ibu bapanya bercerai dan beliau dibesarkan oleh ibunya di Upper East Side. Beliau mula membintangi filem dan iklan sejak berusia 4 tahun.
Gellar berkahwin dengan Freddie Prinze Jr. pada 1 September 2002. Gellar menukar namanya kepada Sarah Michelle Prinze pada 2007. Pasangan ini dikurniakan dua anak.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads