Schlumberger

From Wikipedia, the free encyclopedia

Schlumberger
Remove ads

Schlumberger Limited (ʃlœ̃bɛʀˈʒe) adalah syarikat perkhidmatan medan minyak terbesar di dunia.[2][3] Schlumberger menggaji kira-kira 108,000 orang[4] mewakili lebih 140 kewarganegaraan bekerja di lebih daripada 85 buah negara.[5] Pejabat utamanya adalah di Paris, Houston, London, dan the Hague.[6][7]

Fakta Segera Nama asli, Jenis/bentuk sah ...

Schlumberger diperbadankan di Curaçao sebagai Schlumberger N.V. dan berdagang di Bursa Saham New York, Euronext Paris, Bursa Saham London, dan SIX Swiss Exchange.[8]

Remove ads

Sejarah

Thumb
Pejabat Schlumberger di Houston
Thumb
Kompleks Schlumberger di Sugar Land, Texas

Schlumberger ditubuhkan pada 1926 oleh adik-beradik berbangsa Perancis Conrad and Marcel Schlumberger sebagai Société de prospection électrique (Perancis: Electric Prospecting Company). Hari ini Schlumberger membekalkan untuk industri petroleum dengan perkhidmatan seperti perolehan dan pemprosesan seismik, penilaian pembentukan, ujian telaga dan penggerudian berarah, juga penyimenan dan rangsangan telaga, lif buatan, penyiapan telaga, jaminan aliran dan perundingan, dan perisian serta pengurusan maklumat. Syarikat itu juga terlibat dalam pengekstrakan air bawah tanah[9] dan industri pengumpulan dan simpanan karbon.[10]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads