Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
Remove ads

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) atau lebih dikenali sebagai Jenan merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Premier dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terletak di Jalan Jitra.

Fakta Segera Lokasi, Maklumat ...

Pada 2009, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) memiliki 342 orang pelajar lelaki dan 258 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 600 orang. Ia mempunyai seramai 67 orang guru.2009

Remove ads

Sejarah

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim bermula dengan sebuah darjah menengah pengantar Melayu yang telah dibuka di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dengan bilangan pelajar seramai 31 orang pada tahun 1958. Bilangan pelajar telah meningkat kepada 791 orang pada tahun 1963. Pada peringkat ini, wujud keperluan untuk menubuhkan sebuah sekolah khusus bagi menempatkan pelajar-pelajar aliran Melayu.

Pelajar-pelajar aliran berkenaan yang menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar kemudiannya telah diserap menjadi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH). Mereka dipindahkan ke bangunan sendiri yang terletak di Jenan, Jitra, Kedah pada 7 Mei 1963. Kompleks berkeluasan lebih 51 ekar ini mempunyai 27 bilik darjah, sebuah dewan besar, sebuah gimnasium dan sebuah kantin. 2 buah bilik darjah dijadikan asrama sementara. Pada 1964, 3 buah bangunan asrama dan sebuah masjid dibina. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman ketika itu pada 8 April 1965.


Remove ads

Alamat

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH)
Jalan Jitra
06009, Jitra
Kedah,  Malaysia
Telefon = 6047143209
Faks = 6047143215

Pautan luar


Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads