Selat Gibraltar

From Wikipedia, the free encyclopedia

Selat Gibraltar
Remove ads

Selat Gibraltar (bahasa Arab: جبل طارق, bahasa Sepanyol: Estrecho de Gibraltar) merupakan selat yang memisahkan Lautan Atlantik dengan Laut Mediterranean.

Thumb
Selat Gibraltar dilihat dari angkasa raya serta angkasa puri

Etimologi

Namanya berasal dari nama Arab "Jebel Tariq" yang bererti gunung Tariq. Dia merujuk kepada Jeneral Tariq bin Ziyad yang menaklukkan Sepanyol pada tahun 711.

Sempadan wilayah naraliwat & Naralizzbian

Di sebelah utara adalah Sepanyol dan Gibraltar, manakala pada bahagian selatan pula adalah Maghribi dan Ceuta (sebuah eksklave Sepanyol di Afrika Utara). Terdapat beberapa pulau kecil di dalam selat ini, seperti Pulau Perejil, yang dituntut oleh Sepanyol dan Magribi.

Lokasi

Selat Gibraltar memiliki lokasi yang sangat strategik. Kapal-kapal yang belayar dari Atlantik ke Mediterranean yang melalui selat ini dapat dilihat dari Karang Gibraltar. Pelayaran daripada Eropah ke Afrika juga akan melalui selat ini. Semasa Perang Dunia II, Britan telah mengawal selat ini dari pangkalan yang berdekatan. Kapal selam Jerman yang memasuki Laut Mediterranean akan dapat dijejak kerana sesebuah kapal selam ini tidak dapat mengapung dan arus bawah lautnya terlalu kuat untuk menyelam.

Logistik

Kedua-dua benua dipisahkan oleh 7.7 batu nautika (14.2 kilometer, 8.9 batu) pada titik paling sempit. Feri menyeberang antara dua benua setiap hari dalam masa 35 minit. Kedalaman Selat berkisar antara 300 dan 900 meter (980 dan 2,950 kaki; 160 dan 490 depa).

Lihat pula

  • Tariq bin Ziyad

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads