Selatan Amerika Syarikat

From Wikipedia, the free encyclopedia

Selatan Amerika Syarikat
Remove ads


Selatan Amerika Syarikat, selalunya dirujuk sebagai Selatan Amerika, Dixie atau hanya Selatan mengandungi satu kawasan besar di tenggara dan selatan tengah Amerika Syarikat. Kerana warisan budaya dan sejarah kawasan ini yang unik termasuk kaum Asli Amerika; peneroka awal Eropah dari Sepanyol, England dan Perancis; kemasukan beribu-ribu hamba dari Afrika; pertumbuhan ramai penduduk Amerika Afrika, pergantungan kepada buruh hamba dan warisan Konfederasi selepas Perang Saudara Amerika, Selatan membangunkan adat, sastera, muzik dan makanan tersendiri.

Thumb
Definisi moden Negeri-negeri bewarna merah gelap sentiasa dimasukkan dalam definisi moden Selatan sementara yang berwarna merah sedang selalunya dimasukkan juga. Beberapa sumber mengelaskan Maryland dan Missouri sebagai Selatan, sementara Delaware jarang dimasukkan dalam kumpulan wilayah ini. West Virginia selalu dianggap Selatan kerana negeri itu dulu sebahagian daripada Virginia.[1][2][3]

Wilayah Selatan terdiri dari negeri moden Maryland, Virginia, Tennessee, Arkansas, Louisiana, Missouri, North Carolina, South Carolina, Mississippi, Alabama, Georgia, Florida dan Texas. Sementara itu beberapa negeri kadang-kadang dianggap termasuk dalam wilayah Selatan adalah Delaware, West Virginia, Kentucky dan Oklahoma.

Remove ads

Nota kaki

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads