Seneb Kay
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Woseribre Senebkay ialah seorang firaun Mesir semasa Tempoh Perantaraan Kedua. Penemuan makamnya pada Januari 2014 menyokong kewujudan Dinasti Abydos yang bebas, sezaman dengan Dinasti Kelima Belas dan Keenam Belas.[1] Beliau juga mungkin ada disebut dalam Senarai Raja Turin, di mana kelihatan terdapat dua orang raja dengan nama takhta "Weser... re" (senarai itu hanya separa terpelihara). Kewujudan kononnya Dinasti Abydos ini dicadangkan kali pertama oleh Detlef Franke[2] dan kemudian dikembangkan oleh ahli kaji purba Mesir Kim Ryholt pada 1997.[1]
Remove ads
Makam
Makam Seneb Kay ditemui pada Januari 2014 oleh Josef W. Wegner dari Universiti Pennsylvania dan sekumpulan ahli arkeologi Mesir di bahagian selatan Abydos, Mesir.[3][4][5] Makam dengan empat kamar ini memiliki kamar pengebumian batu kapur berhias, dengan imej Dewi Isis, Neith, Nephthys dan Selket. Jasadnya ditemui dalam sebuah keranda kayu di dalam sebuah kubur batu yang rosak.[6] Rekod teks menyebut namanya dan menggelarnya "raja Mesir Hulu dan Hilir, Woseribre, putera Re, Senebkay".[1] Nama Seneb Kay ditemui diukir dalam suatu kartusy diraja.[6]
Makam ini tidak memiliki sebarang barangan pengebumian dan mesti pernah dirompak pada masa silam.[6] Raja ini berketinggian sekitar 5 kaki 10 inci (1.78 m) dan meninggal dunia pada akhir 40-an.[6]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads