Senja Merah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Senja Merah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1982. Filem Senja Merah diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...

Filem Senja Merah mula ditayangkan pada 1982 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Latif Ibrahim, Jamaliah Arshad dan ramai lagi. Filem ini juga disunting oleh Shaw Brothers (Hong Kong) Ltd.

Remove ads

Pengarah

Nama pelakon Faizal Hussein melonjak naik selepas membintangi filem Gila-Gila Remaja (1986) dan ia memberi impak besar untuk Faizal membuktikan darah seni diwarisi.

Namun tidak ramai tahu pelakon ini memulakan langkah di pentas lakonan menerusi filem Senja Merah arahan bapanya pelakon Hussein Abu Hassan tahun 1982.

Filem ini turut menampilkan pelakon Latif Ibrahim, Jamaliah Arshad dan Yusof Haslam.

Menariknya Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan filem klasik “Senja Merah” mengisi slot Pilihan Jumaat di TV2 pada 12 November ini, pukul 2.00 petang.

Remove ads

Sinopsis

Kisahnya berkembang dengan watak Mahmud seorang hartawan yang telah kematian isteri dan tinggal bersama anaknya Anuar dan anak angkatnya Mira. Akhirnya Mahmud berkahwin dengan Zubaidah seorang pengusaha restoran.

Baharom anak Zubaidah sejak kecil berkawan dengan Mira. Apabila dewasa mereka saling jatuh cinta. Anuar tidak suka dengan hubungan mereka berdua kerana takut harta ayahnya jatuh ke tangan Mira dan Baharom.

Sebelum berangkat ke Mekah Mahmud telah meninggalkan wasiat pembahagian harta dan menjodohkan Anuar dengan Mira. Wasiat tersebut telah memecah belahkan keluarga mereka.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon kanak-kanak

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads