Sheryl Sandberg

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sheryl Sandberg
Remove ads

Sheryl Kara Sandberg (lahir 28 Ogos 1969) ialah seorang eksekutif perniagaan, bilionair dan dermawan Amerika Syarikat. Sandberg berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Facebook dan pengasas LeanIn.Org.[2] Pada Jun 2012, beliau telah dilantik ke Lembaga Pengarah Facebook,[3] menjadi wanita pertama yang menduduki lembaga pengarah. Sebelum menyertai Facebook sebagai COO, Sandberg merupakan Naib Presiden Jualan Dalam Talian and Operasi di Google, dan telah terlibat dalam cabang kedermawanan Google.org. Sebelum itu, Sandberg berkhidmat sebagai Ketua Kakitangan Setiausaha Bendahara Amerika Syarikat, Lawrence Summers.

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...

Pada tahun 2012, beliau telah dinamakan dalam Time 100, senarai tahunan orang paling berpengaruh di dunia.[4] Setakat Disember 2019, Sandberg dilaporkan memiliki nilai US$1.8 bilion, susulan pegangan sahamnya dalam Facebook dan syarikat-syarikat lain.[5][6][7][8]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads