Shidi Data

Penyanyi lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Rashidi bin Rashid atau lebih dikenali sebagai Shidi Data (lahir 5 November 1972 di George Town, Pulau Pinang) merupakan vokalis kumpulan Data dan penyanyi balada terkenal Malaysia.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Remove ads

Kehidupan Awal dan Pendidikan

Dilahirkan dan dibesarkan di George Town, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan dalam bidang elektronik dan memperolehi Diploma Elektronik serta Elektronik Industri di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, sebelum menceburi bidang kerjaya sebagai penyanyi.

Kerjaya

Shidi mula aktif sebagai vokalis kumpulan Data sejak awal 1990-an. Antara lagu hit beliau termasuk:

  • Permaisuri
  • Tunduk Mengalah
  • Sayangku

dan banyak lagi. Beliau juga pernah membuat persembahan di Hard Rock Cafe Penang.

pada tahun 2016, Shidi kembali menerusi penyertaan dalam Gegar Vaganza (musim 3), menampilkan semula bakatnya kepada khalayak umum, namun tersingkir pada minggu ke 5.

Kehidupan Peribadi

Shidi adalah seorang yang berkeluarga dan masih aktif menyanyi di majlis korporat, persembahan langsung, dan acara amal.

Diskografi

Album bersama data termasuk single dan kompilasi

  • Sayu (1991-1992)
  • Tunduk Mengalah (1993-1994)
  • Kasihku Tetap Abadi (1997-1998)
  • Best Of Data (1999-2000)
  • Lagi Best Data 5 (2000-2001)
  • Rahsia kesabaranku (2002-2003)
  • Memori Hits Data (2004)
  • Satu Persoalan (2008)
  • Nangis Beb (2010)
  • Syasyalyana (2012)
  • Sayangku (2016)
  • Bila Sudah Sayang (2019)

Solo

  • Dosa (2021)
    bersama dengan Rody Kristal
  • Rayuan Rindu (2025)
Remove ads

Rujukan

Pautan Luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads