Choo Shin-soo

Pemain besbol Korea Selatan From Wikipedia, the free encyclopedia

Choo Shin-soo
Remove ads

Choo Shin-soo (Korea: 추신수; Hanja: 秋信守; RR: Chu Sinsu; sebutan bahasa Korea: [tɕʰu.ɕin.su]; lahir 13 Julai 1982) ialah bekas pemain besbol profesional Korea Selatan yang beraksi sebagai pemadang luar dan pemukul khas. Beliau pernah beraksi di saingan Major League Baseball (MLB) dengan mewakili pasukan Seattle Mariners, Cleveland Indians, Cincinnati Reds dan Texas Rangers serta beraksi di KBO League untuk pasukan SSG Landers.

Fakta Segera SSG Landers – No. 17, Debut profesional ...

Choo terpilih sebagai Pemain Terbaik (MVP) dan Pelempar Terbaik bagi Piala Dunia Besbol B-18 WBSC apabila pasukan Korea dinobatkan sebagai juara. Choo kemudian menandatangani kontrak bernilai 1.35 juta dolar bersama Mariners dan mengubah posisi sebagai pemadang jauh.

Pada tahun 2018, Choo telah menerima penyertaan dalam aksi All-Star Major League Baseball. Pada musim itu, beliau telah memperoleh tapak (base) dakan 52 perlawanan berturut-turut sekali gus menjadikannya rekod terpanjang dalam sejarah pasukan Texas Rangers. Sehingga tahun 2018, beliau mengetuai rekod hit by pitch terbanyak dalam karier berbanding mana-mana pemain aktif di MLB iaitu dengan 132 balingan.[1]

Remove ads

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads