Sukan Asia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sukan Asia
Remove ads

Sukan Asia juga dikenali sebagai Asiad,[1] adalah sebuah acara beraneka sukan peringkat benua yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Temasya sukan tersebut dikawal oleh Persekutuan Sukan Asia (AGF) dari edisi pertama di New Delhi, India hingga ke edisi tahun 1978. Sejak edisi tahun 1982, ia telah dianjurkan oleh Majlis Olimpik Asia selepas perpecahan Persekutuan Sukan Asia.[2]

Fakta Segera Edisi temasya, (butiran) ...
Fakta Segera Singkatan, Acara pertama ...
Remove ads

Sejarah

Kejohanan Sukan Timur Jauh

Sebelum Sukan Asia diadakan, sebuah perhimpunan yang dikenali sebagai Kejohanan Sukan Timur Jauh wujud dan dibangkitkan buat julung kali di sebuah lokasi ditentukan antara Empayar Jepun, Kepulauan Filipina, dan Republik China. Temasya Kejohanan Sukan Timur Jauh diadakan untuk kali pertama di Manila pada 1913 dan disertai oleh 6 buah negara kawasan tersebut. Sepuluh lagi Kejohanan Sukan Timur jauh telah diadakan sehingga tahun 1934.

Pembentukan

Selepas Perang Dunia II, beberapa negara Asia telah mencapai kemerdekaan. Banyak negara Asia yang baru merdeka mahukan pembentukan satu jenis pertandingan baru yang menunjukkan penguasaan Asia tidak sepatutnya ditunjukkan melalui kekejaman tetapi dikuatkan melalui persefahaman. Semasa Sukan Olimpik Musim Panas 1948 di London, England, perbualan antara ahli sukan China dan Filipina menimbulkan gagasan memulihkan Sukan Timur Jauh. Namun, Guru Dutt Sondhi wakil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa India, tidak percaya bahawa pemulihan Sukan Timur Jauh akan memaparkan secukupnya semangat perpaduan dan tahap pencapaian yang berlaku dalam sukan Asia. Sebagai akibatnya, dia mencadangkan kepada pemimpin-pemimpin sukan cita untuk mengadakan sebuah pertandingan baru iaitu Sukan Asia. Hal ini mencetuskan sebuah perjanjian untuk membentuk Persekutuan Olahraga Asia. Sebuah jawatankuasa persediaan telah ditubuhkan untuk merangkakan piagam untuk pertubuhan baru ini. Pada 13 Februari 1949, Persekutuan Olahraga Asia telah dirasmikan di New Delhi dengan nama Persekutuan Sukan Asia, dan New Delhi diumumkan sebagai tuan rumah pertama Sukan Asia yang dijadualkan untuk diadakan pada tahun 1950.

Krisis, penyusunan semula dan pengembangan

Mulai tahun 1962, Sukan Asia mengalami pelbagai krisis. Pertama sekali, tuan rumah Indonesia menolak keizinan penyertaan Israel dan Taiwan atas masalah politik dan agama. Sebagai akibatnya, IOC menarik balik tajaannya terhadap temasya sukan tersebut dan menggantungkan Indonesia sebagai salah satu ahlinya. Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) dan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) juga menarik balik pengiktirafan mereka terhadap temasya sukan tersebut.


1970


1973

  • Persekutuan mempunyai satu lagi percanggahan setelah Amerika Syarikat dan negara lain secara rasmi mengakui Republik Rakyat China dan negara Arab menentang Israel.


1977

Disebabkan rentetan peristiwa, Komiti Olimpik Kebangsaan (NOC) menyemak semula perlembagaan Persekutuan Sukan Asia. Persatuan baru yang dinamakan Majlis Olimpik Asia dibentuk. India sudah bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 1982 dan OCA bercadang untuk tidak menggugurkan jadual waktu AGF lama. OCA secara rasmi mengawasi sukan ini bermula dari Sukan Asia 1986 di Korea Selatan.

Di edisi berikutnya, Taiwan (Republik China) diakui tetapi OCA tegas mengikut piawai IOC dan diberi nama China Taipei. OCA juga bersetuju dengan tetap pengecualian Israel seperti anggota dan permohonan negara untuk bersama ke dalam perlawanan Eropah.

Pengembangan

Di Sukan Asia 1994, meskipun tentangan dari lain-lain bangsa, OCA membenarkan negara bekas jajahan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, dan Tajikistan.

Pada tahun 2006, entri Australia tidak diluluskan oleh Presiden OCA Sheikh Ahmad Al-Fahd Al-Sabah yang berpendapat kemasukan Australia ke Asia ialah tidak adil kepada negara benua Oceania.

Remove ads

Senarai Edisi Sukan Asia

Maklumat lanjut Tahun, Edisi ...

¹ 1970 (Asalnya tuan rumah oleh Seoul, Korea Selatan)

² 1978 (Asalnya tuan rumah oleh Karachi, Pakistan)

³ 2019 (Asalnya tuan rumah oleh Hanoi, Vietnam)

Remove ads

Penyertaan negara

Maklumat lanjut Kod, Negara / IOC ...
  • Bahasa Inggeris digunakan seperti yang diperuntukkan dlm IOC

Acara sukan

Berikut adalah acara sukan yang telah dan akan dipertandingkan di Sukan Asia

Remove ads

Pungutan pingat

Maklumat lanjut Kedudukan, Negara ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads