Glebionis coronaria
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Glebionis coronaria (sin. Chrysanthemum roxburghii) ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Asteraceae. Ia tumbuh asal di rantau Mediterranean.[3] Ia tersebar di Asia Timur dan beberapa tempat di Amerika Utara.[4][5]
Ia secara umumnya dikenali sebagai bunga serunai (Jawi: بوڠا سروناي) dalam bahasa Melayu.[6] Daun-daun tumbuhan ini dijadikan sayur dalam masakan Asia Timur yang dikenali sebagai tung ho (Bahasa Cina: 茼蒿; pinyin: tónghāo) atau shungiku (Jepun: 春菊).[perlu rujukan]
Remove ads
Etimologi
Nama "serunai" boleh jadi diturunkan daripada akar bahasa Proto-Melayu-Polinesia Barat *sarunay yang bermaksud spesies tumbuhan serunai laut (Wedelia biflora sin. Wollastonia biflora);[7][8] nama bunga ini tiada kaitan dengan nama alat muzik serunai yang diserap daripada kata bahasa Parsi iaitu سرنای surnāy.[9]
Botani
Spesies ini tumbuh dalam kitaran satu musim. Daun-daunnya berbentuk pelepah kembar yang bercuping dan tidak berbau. Kuntum bunganya terdiri daripada anak-anak bunga yang disusun padat menjadi sebuah kuntum lagi besar. Biji-bijinya beralur dan berkepak seperti aken (cypsela).[10]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
