Sideros

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sideros
Remove ads

Sideros (Bahasa Yunani Kuno: σίδηρος, sídēros, bermaksud "besi") ialah nama untuk tempoh geologi pertama dalam Era Paleoproterozoik dan bermula sejak 2500 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 2300 jtd. Tarikh ini ditakrifkan secara kronometrik bukannya berdasarkan stratigrafi.

Fakta Segera Kronologi, Pentakrifan semula yang dicadangkan ...

Pemendapan formasi besi berjalur memuncak pada awal tempoh ini. Formasi kaya besi ini terbentuk disebabkan sianobakteria anaerobik menghasilkan sisa oksigen yang digabungkan dengan besi, membentuk magnetit (Fe3O4, besi oksida). Proses ini mengeluarkan besi daripada lautan Bumi, sehingga berkemungkinan menyebabkan warna lautan menjadi kehijauan yang jelas. Akhirnya, dengan ketiadaan saki-baki besi di lautan untuk berfungsi sebagai sinki oksigen, proses itu membenarkan pembentukan atmosfera yang kaya dengan oksigen. Peristiwa susulan ini dikenali sebagai malapetaka oksigen dan sesetengah ahli geologi percaya bahawa ia juga mencetuskan pengglasieran Huron.[2][3]

Tempoh masa yang bermula sejak 2420 jtd sehingga ke 2250 jtd ditakrifkan dengan baik melalui pinggiran bawah pada lapisan mendapan besi, dan disebabkan inilah terdapat nama alternatif untuk tempoh ini yakni tempoh Oksigen. Nama "Oksigen" yang berdasarkan stratigrafi dan bukannya kronometrik ini telah dicadangkan pada semakan tahun 2012 pada skala masa geologi.[4]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads