Simplelinux
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
simpleLinux ialah sebuah edaran Linux berasaskan Slackware (dan Slax). Didatangkan dengan dua versi yang berbeza, iaitu Simplelinux EXT serta Simplelinux Mini. SimpleLinux EXT adalah versi utama Simplelinux, yang telah siap dipasangkan beberapa aplikasi yang mungkin berguna kepada para pengguna. Manakala SimpleLinux Mini adalah versi Simplelinux yang sangat kecil, hanya menyertakan beberapa aplikasi serta alatan yang asas. SimpleLinux lahir di Ampang, Selangor, Malaysia.
Remove ads
Pengurus tetingkap asal
XFCE adalah window manager lalai bagi simpleLinux EXT. Manakala simpleLinux Mini tidak dipasangkan pengurus tetingkap XFCE tetapi menggunakan Openbox. Pengurus tetingkap Openbox adalah sangat kecil saiznya.
Fungsi tambahan
Peranti (perisian) tambahan boleh ditambah menggunakan pakej-pakej Slackware serta modul Slax. Pakej-pakej Slackware boleh dialih-format ke modul Slax menggunakan arahan tgz2lzm. Lebih-lebih lagi, pengguna boleh memuat turun aplikasi yang disediakan oleh Slax bagi kegunaan Simplelinux.
Versi
Versi EXT
Banyak menyertakan aplikasi-aplikasi, seperti KDE 3.5 Desktop Window Manager, KOffice, Kopete, KDE Games, JuK, Konqueror dan banyak lagi. Menggunakan XFCE sebagai pengurus tetingkap lalai.
Versi Mini
Sangat serupa dengan versi EXT. Tetapi, Openbox adalah pengurus tetingkap lalai bagi versi ini. Sedikit kecil saiznya kerana hanya disertakan sedikit aplikasi serta alatan. Hanya bersaiz 90 MB.
Rujukan
Pautan luar
Templat:Linux-distro
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads