Singa Asia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Singa Asia
Remove ads

Singa Asia (Panthera leo persica), juga dikenali sebagai singa India dan singa Parsi,[3][4] merupakan salah satu subspesies singa yang hidup sebagai satu populasi tunggal di Gujarat, India. Ia tersenarai sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN kerana saiz populasinya kecil.[1]

Fakta Segera Status pemuliharaan, Pengelasan saintifik ...

Singa Asia mula-mula dihuraikan oleh ahli zoologi Austria Johann N. Meyer di bawah trinomen Felis leo persicus.[5] Taburan sejarahnya mencakupi negara-negara Turki, Iran, Mesopotamia, dan India Tengah mulai timur Sungai Indus di bekas Wilayah Sind hingga Benggala dan Sungai Narmada.[6][7]

Sejak tahun 2010, populasi singa di dalam dan sekitar Taman Negara Hutan Gir meningkat stabil.[8] Pada Mei 2015, Banci Singa Asia ke-14 diadakan di kawasan seluas 20,000 km²; populasi singa dianggarkan sebanyak 523 ekor individu, iaitu 109 jantan dewasa, 201 betina dewasa dan 213 anak.[9][10] Pada Ogos 2017, Banci Singa Asia mendapati 650 ekor individu liar.[11][12]

Singa Asia merupakan salah satu daripada lima jenis rumpun harimau yang diketahui hidup di India, di samping harimau Benggala, harimau bintang India, harimau bintang salji dan harimau dahan.[13][14]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads