Sitron

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sitron
Remove ads

Sitron, limau susu, limau jari, limau mata kerbau atau limau kerat lintang (nama botani: Citrus medica)[3][4] ialah buah sitrus besar wangi dengan kulit tebal.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Nama binomial ...

Ia adalah salah satu daripada empat buah limau asal (selain limau bali, mandarin dan papeda) yang dispesieskan kacukan semulajadi atau dikacukkan secara buatan manusia untuk menghasilkan banyak jenis limau yang lain.[5]

Remove ads

Penamaan

Nama sitron (Jawi: سيترون) dijejak kepada perkataan bahasa Latin citrus,[6] perkataan itu juga merupakan asal-usul nama genus Citrus.

Asal dan taburan

Sitron ialah spesies limau yang tua. Ia dipercayai tumbuh asli di lembah kaki gunung-ganang Himalaya timur, India.[7] Pada abad ke-4 SM, buah ini telah banyak ditanam di Laut Kaspia dalam laluannnya ke lembangan Mediterranean, di mana ia ditanam di kawasan-kawasan berbeza pada abad-abad kemudian.[8]

Banyak orang menyebutkan peranan Alexander Agung dan tenteranya yang menyerang Iran dan Pakistan sebagai pihak bertanggungjawab menyebarkan limau ini ke arah barat sampai negara-negara Eropah seperti Yunani dan Itali.[4][9][10][11][12][13][14][15]

Remove ads

Botani

Pokok limau ini renek mencapai 2.4-4.5 meter tinggi dengan dahan dan ranting kaku.

Daun-daunnya berbentuk bujur nipis, hampir tidak bersayap dengan tepi bergerigi; panjangnya 5-20 sentimeter.[3][4]

Bunga

Bunga-bunganya berkudup besar berwarna putih, merah jambu atau ungu dengan garis pusat 3–4 sm.[3][4]

Buah

Buahnya jenis memanjang dan berbau harum, ada jenis limau ini yang terbahagi buahnya seperti jejari. Kulit buah ini tebal dan berwarna hijau tua masa muda, warna ini bertukar menjadi kuning setelah masak. Isi buah keras dan tidak berjus.[3][4]

Kegunaan

Kulinari

Thumb
Sitron dipotong separuh dan dibuang pulpanya, dimasak dalam gula

Kandungan utama buah sitron adalah kulit putih yang tebal melekat kepada ulasnya dan tidak boleh dipisahkan dengan mudah. Oleh itu, pulpa sitron kering dan mengandungi kuantiti kecil jus dan ulas hambar berbanding pulpa lemon atau oren. Kulit buah ini boleh dimasak dalam gula dan dipotong dadu menjadi manisan; ia juga dibuat sebagai perisa campuran kek dan kuih-muih.[3]

Thumb
Torte sitron

Tujuan lain

Buah ini dijadikan sumber minyak wangi dan penghalau nyamuk.[3]

Remove ads

Lihat juga

  • Penemuan arkeologi sitron di Israel
  • Galeri sitron Etrog
  • Galeri sitron berjari

Galeri

Catatan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads