Sloth
Haiwan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sloth (Jawi: سلوث) merupakan nama bahasa Inggeris merujuk kepada enam spesies mamalia bersaiz sederhana dalam famili Megalonychidae (sloth berjari kaki dua) dan Bradypodidae (berjari kaki tiga), sebahagian order Pilosa. Sloth adalah haiwan arboreal (tinggal di pokok) penghuni hutan hujan Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Sloth bergerak secara perlahan-lahan.
Remove ads
Etimologi
Nama Inggerisnya bermaksud "kemalasan" (sinonim lain: laziness),[1] ia kata kembar slow "perlahan".[2] Nama diketahui dalam kalangan penduduk asli hutan Brazil ialah a'í dalam bahasa Tupi sempena bunyi jeritannya.[3]
Taksonomi
Haiwan-haiwan ini dalam superorder mamalia berplasenta Xenarthra yang mula wujud di benua Amerika Selatan sekitar 60 juta dahulu.[4]
Terdapat dua superfamili dalam suborder Folivora yang masih terselamat dan berterusan wujud pada hari ini:[5]
- Megatheroidea
- Bradypodidae - berjari tiga, empat spesies dikenali
- Bradypus variegatus - spesies paling lazim di hutan Neotropik[6][7] Amerika Tengah dan Selatan.
- Bradypus tridactylus, menghuni hutan tropika utara benua Amerika Selatan. Spesies ini mula membeza dengan B. variegatus sekitar 6 juta tahun dahulu.[8]
- Bradypus torquatus, bertaburan di Hutan Atlantik pesisiran barat daya Brazil.
- Bradypus pygmaeus, bertaburan di pulau Isla Escudo de Veraguas tidak jauh dari Panama.
- Bradypodidae - berjari tiga, empat spesies dikenali
- Mylodontoidea
- Choloepodidae, berjari dua - dua spesies dikenali:
- Choloepus didactylus, betaburan di Venezuela, rantau Guayana, Colombia, Ecuador, Peru, dan kawasan utara sungai Amazon di Brazil.
- Choloepus hoffmanni bertaburan di dua kawasan hutan tropika dibahagikan banjaran Andes: kawasan pertama menjangkau dari timur Honduras[9] ke Ecuador barat manakala kawasan kedua merangkumi timur Peru, barat Brazil dan utara Bolivia.[10]
- Choloepodidae, berjari dua - dua spesies dikenali:
Remove ads
Tabiat
Pergerakan
Haiwan ini hanya mampu bergerak seperlunya pada kelajuan purata 4 meter seminit dan 4.5 meter paling laju menjauhi pemangsa di dedahan pokok; di tanah pula kelajuan ini mengurang kepada 3 meter (9.8 ka) seminit. Sloth berjari dua lebih cepat bergerak di antara pohon-pohon berbanding sloth yang berjari tiga.[11]
Genus Folivora ini mampu berenang dengan baik menggunakan tangan panjang, ia mampu mencapai kelajuan sebanyak 13.5 meter seminit[12] menyeberangi sungai dari satu daratan atau pulau ke satu daratan yang lain.[13]
Pemakanan
Sloth memakan daun Cecropia.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads