Sotong Katak

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sotong Katak
Remove ads

Sotong Katak (bahasa Inggeris:Cuttlefish) ialah haiwan laut dalam dari Sepiida. Sotong katak tergolong dalam kelas Cephalopoda (yang juga termasuk sotong, kurita, dan nautilus). Kajian terkini menunjukkan sotong katak merupakan antara invertebrata yang paling bijak.[1] Sotong katak juga mempunyai salah satu daripada kadar otak terbesar dalam semua invertebrata berbanding saiz badannya.[1]

Thumb
Sotong Katak Broadclub (Sepia latimanus) ini dapat bertukar warna daripada warna sawo matang dan perang (atas) ke kuning dengan gelap (bawah) dalam kurang daripada satu saat.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Suborder dan Famili ...

Sotong katak mempunyai cangkerang dalaman (tulangnya), pupil berbentuk W yang besar, dan lapan lengan dan dua tentakel dengan penghisap bergigi kecil, digunakan untuk menangkap mangsanya. Sotong katak biasanya ada pelbagai saiz daripada 15 cm (5.9 in) hingga 25 cm (9.8 in), dengan spesies terbesar, Sepia apama, mencapai 50 cm (20 in) dalam panjang mantel dan beratnya melebihi 10.5 kg (23 lb).[2]

Remove ads

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads