Spam

From Wikipedia, the free encyclopedia

Spam
Remove ads

Spam merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki. Bentuk spam yang paling terkenal ialah spam e-mel.

Thumb
Folder e-mel yang penuh dengan spam.

Jenis spam

Beberapa jenis spam adalah:

  • Spam e-mel
  • Spam chat
  • Spam forum
  • Spam SMS

Sejarah

SPAM merujuk kepada suatu jenama daging khinzir yang ditinkan buatan Hormal Foods Corporation di Amerika Syarikat. Makanan ini menjadi begitu kerap dipasarkan dan digunakan terutamanya di negara Britain selepas Perang Dunia Kedua.[1] Istilah "spam" dalam konteks e-mel pula dipercayai berasal dari sketsa dalam sebuah rancangan komedi BBC iaitu Monty Python's Flying Circus, di mana sepasang suami isteri mengunjungi sebuah kafe yang menunya hampir semua dibuat dari daging tersebut; jenama daging itu kemudiannya lama-kelamaan disebut berulang kali oleh para pelanggan kafe sehingga menjadi lewah dan menjengkelkan kepada si isteri.[2][3] Pada tahun 1980-an pula, istilah ini diperincikan untuk merujuk kepada pengguna sistem papan buletin yang tidak bertanggungjawab mengulangi perkataan "Spam" banyak kali sehingga menepis keluar teks kiriman pengguna lain di skrin.[4]

Remove ads

Rujukan

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads