Sri Deva

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sri Deva merupakan seorang Maharaja Srivijaya yang dipercayai menaiki takhta selepas bapanya Sri Sangrama Vijayatunggavarman ditawan oleh kerajaan Chola.

Biografi

Kempen ketenteraan Chola ke atas Srivijaya berjaya melemahkan kekuatan kerajaan Melayu tersebut, namun tidak pernah berjaya mengalahkannya secara kekal. Maharaja Srivijaya, Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang ditawan di Kadaram pada tahun 1025 telah digantikan oleh seorang Maharaja baru yang menghantar utusan ke negeri China pada tahun 1028. Menurut Sejarah Sung, Maharaja ini dikenali dengan nama Shih-li Tieh-hua, atau "Sri Deva" (berkemungkinan besar satu nama yang tidak lengkap).[1]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads