Stalinisme
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Stalinisme merujuk kepada cara memerintah yang dibangunkan antara tahun-tahun 1927 hingga 1953 oleh Josef Stalin (1878–1953) serta polisi-polisi yang berkaitan dengannya di Kesatuan Soviet. Polisi-polisi ini termasuk industrialisasi pesat, teori sosialisme dalam sebuah negara, pemerintahan yang totalitarian, pengumpulan kerja pertanian, kultus individu[1][2] serta keakuran atau ketundukan parti-parti komunis asing kepada kepentingan Parti Komunis Kesatuan Soviet yang dianggap sebagai parti pelopor revolusi komunis pada ketika itu.[3]
Fahaman ini menggalakan konflik kelas melalui penggunaan kekerasan pemerintah untuk menyingkirkan borjuis masyarakat yang dianggap sebagai ancaman kepada pencapaian suatu revolusi komunis yang lengkap. Polisi ini menyebabkan kepada terdorongnya keganasan politik dan penindasan kepada golongan dan individu tertentu yang dianggap sebagai ancaman sebegini.[4] bukan sahaja dalan kalangan borjuis tetapi, juga kelas pekerja dengan rasa sentimen yang menentang revolusioner.[5]
Remove ads
Dasar dan cermatan
Ada sejarawan yang melihat fahaman Stalinisme sebagai cerminan kepada ideologi Leninisme dan Marxisme, ada yang melihatnya sebagai pecahan kepada ideal-ideal sosialisme.
Penyingkiran semua pihak yang menyokong Nikolai Bukharin, seorang tokoh utama dalam Parti Komunuis yang membantha pendekatan pengkolektifan (collectivization) terhadap rakyat Soviet, dari Parti Komunis secara besar-besaran menyebabkan Stalin bisa membentuk dasar-dasar yang dikehendaki sewenang-wenangnya lalu membawa kepada suatu pemerintahan bersifat autoritarian keras.[6]
Pendapat konumisme yang konvensional melihat peranan pemerintah sebagai bersifat sementara dan akan terhakis setelah memenuhi tujuan mengurangkan perbezaan kelas melalui implementasi sosialisme (withering away of the state), Stalin bula berpendapat bahawa pemerintah pimpinan proletariat perlu menguat sebelum ia mencapai tahap tersebut. Menurut Stalin, unsur-unsur yang dianggap melawan tujuan revolusi (counter-revolutionary) akan sentiasa cuba mengalih daripada usaha pemerintah menepati komunisme secara sepenuhnya, maka pemerintah harus cukup kuat untuk mengatasi kuasa-kuasa yang menenetang ini.[7]
Rejim-rejim negara komunis yang mendapat pengaruhnya daripada Stalin cenderung mempunyai dasar memerintah yang bersifat totalitarian.
Remove ads
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads