Suami

From Wikipedia, the free encyclopedia

Suami
Remove ads

Suami (Jawi: سوامي) atau laki (Jawi: لاكي, tidak formal, kurang halus)[1] adalah salah seorang pelaku berjantina lelaki dalam sesebuah pasangan yang berikrar dan berucap janji memperisterikan diri bersama wanitanya. Seorang lelaki biasanya menikah dengan seorang wanita dalam suatu upacara pernikahan sebelum dirasmikan statusnya sebagai seorang suami dan pasangannya sebagai seorang isteri.

Thumb
Suami Yang Kusam, cetakan, Thomas Rowlandson

Seorang lelaki hanya boleh dibenarkan berkahwin dan bernikah dengan seorang wanita sahaja mengikut peraturan banyak agama biasanya. Dalam budaya tertentu, pernikahan seorang wanita dengan banyak lelaki dikategorikan sebagai poliandri, situasi yang berbalik di mana seorang lelaki menjadi suami banyak wanita disebut sebagai poligini.

Remove ads

Peristilahan

"Suami" meminjam dari Sanskrit: स्वामी svāmī yang bermaksud "tuan", "pemilik" atau "pemimpin" melalui kata bahasa Jawa kuno suami;[2] kata bahasa Sanskrit ini pula terbitan dari akar kata sva- स्वा yang bermaksud "sendiri".[3] Perkaitan kedudukan pasangan kepada isteri dengan gelaran ini tertulis dalam kitab kepercayaan Hindu seperti Veda misalnya dalam penceritaan mengenai hubungan dewa Shiva dan dewi Parvati.[4]

Istilah "laki" pula turunan dari akar Austronesia *laki yang sewarisan dengan perkataan "lelaki" atau "laki-laki" dalam bahasa lama.[5]

Remove ads

Sudut pandang mengikut agama

Islam Risalah Islam yang diteruskan oleh penutup nabi-nabi dan rasul iaitu Nabi Muhammad s.a.w. mengehadkan seorang lelaki hanya boleh mempunyai empat orang isteri pada satu satu masa. Seorang wanita hanya boleh mempunyai seorang suami pada satu satu masa. Pada zaman dahulu, tiada batasan dari segi jumlah bagi seorang lelaki atau wanita dalam memiliki pasangan. Islam datang mengangkat martabat wanita dan memberi had kepada lelaki.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads